UMNO tidak pisah diri dari mana-mana NGO - Najib

on Sep 18, 2010

UMNO elak konflik dengan NGO




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan sentiasa mengelak daripada mewujudkan sebarang konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perdana Menteri berkata, UMNO akan sentiasa mengambil pendirian itu termasuk dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) walaupun ada NGO tertentu yang mengemukakan pandangan tidak dipersetujui oleh parti itu.

"Kita tidak mahu ada konflik dengan mana-mana NGO dan bagi UMNO, Perkasa seperti NGO lain.

"Kita mempunyai banyak NGO dan kadang-kala kita bersetuju dan ada masa kita tidak bersetuju. Lebih mustahak UMNO merupakan sebahagian daripada kerajaan dan apa yang diperkatakan oleh parti ini adalah lebih penting," katanya.  seterus nya...

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List