Ali Rustam Penipu.....???

on Nov 2, 2010

ali rustam and melaka


Ali Rustam ialah ketua menteri melaka. Ali rustam ialah pengasas sekolah mengandung di jasin. Ali Rustam juga memberikan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan. Ali Rustam juga terlibat dalam politik wang UMNO. Ali Rustam juga menyebabkan melaka rugi dalam Eye Of Malaysia yang mana sampai sekarang dia tak berani nak ulas isu tersebut. Di melaka juga ada kandang babi yang menganggu kampung melayu, namun Ali Rustam sibuk prihatin dengan masalah kandang mega khinzir di selangor yang diasaskan oleh khir toyo dan diteruskan oleh Kerajaan PR. 


Di samping itu, Ali rustam juga sibuk mahu membantu masalah hutang YBK kepada kerajaan negeri selangor sedangkan masih ramai rakyat di melaka yang mengharap diberikan bantuan. Malahan ada beberapa tanah di melaka telah dirampas tanpa kerelaan ahti penduduk melaka. Pendek kata, Ali Rustam mungkin rabun, buta dan pekak dengan masalah setempat (dalam negeri) tetapi dia boleh nampak, tembus dan telus kepada masalah orang lain (luar dari melaka)? 


Ali Rustam juga adalah seorang penipu. Dia menipu bila mengatakan bahawa Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) telah mengiktirafkan melaka sebuah negeri yang maju. Sebenarnya OEDC tidak pernah mengiktirafkan sedemikian pun. Sebab OECD tiada kuasa untuk membuat pengiktirafan seperti ini. Masuklah laman web mereka di sini taip melaka, apa yang anda jumpa? Anda tak akan jumpa apa-apa pun. Tiada satu artikel dan berita yang dipaparkan ke dalam laman web tersebut yang menerangkan ataupun memberitahu bahawa melaka telah di iktirafkan sebagai sebuah negeri yang maju. Ini bermaksud Ali Rustam penipu, syok sendiri dan perasan gila. Yang paling kelakar, dia boleh heret najib sekali untuk membuat pengistiharan tersebut di hadapan umum. Kenapa Ali Rustam berbuat demikian? Boleh jadi dia nak memalukan dan mengenakan Najib. Yelah, Najib dulu telah menjatuhkan Abdullah Badwi daripada kerusi perdana menteri. Ali Rustam dan Abdullah Badwi adalah proksi. Tidak mustahil la kalau Ali Rustam mungkin ada niat nak mengenakan Najib,  sebagai membalas -jasa- kawan baik nya yang telah dijatuhkan oleh Najib suatu ketika dulu.


Untuk pengetahuan pembaca, penulis telah beberapa kali berdebat dengan pembantu ali rustam di facebook. Pembantu nya sangat kecut perut. Pembodek ali rustam pun sama. selain pengecut, pembodek dan pengampu tegar, mereka memang tak pandai buat apa-apa pun. Kelakar. Rasa nya kalau ketengahkan isu ini kat dalam facebook rasmi ali rustam confirmla kena ban punya macam account penulis yang lepas-lepas. Penulis baru create satu account fb, insya-Allah memang akan attack ali rustam dengan topic ini. 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List