GALAS OH GALAS...... Harapan Cerah Untuk PAS....???

on Nov 2, 2010




PAS yang sejak dari awal menyatakan mereka ketinggalan dari BN dilihat semakin selesa di depan. Ramai pemerhati politik berpendapat strategi PAS yang merendah diri sebenarnya mengena kerana rakyat simpati kepada PAS manakala petugas mereka pula bekerja dengan lebih kuat..

Signal dari pengundi menjelang 2 hari terakhir kempen amat positif. Terdapat tanda-tanda bahawa orang asal akan membuat perubahan dengan mengundi PAS.

Dijangkakan kali ini PAS akan mendapat minima 40% undi orang asal, suatu keputusan yang amat baik kerana
sebelum ini PAS hanya memperolehi sekitar 30 % sahaja undi orang Asal.

Manakala pengundi Cina tetap akan memberikan sokongan padu kepada calon PAS. Pemerhati politik berpendirian bahawa 65 - 75 % pengundi Cina akan mengundi PAS.

Manakala pengundi tegar PAS di kalangan orang Melayu akan setia bersama PAS. Dianggarkan PAS akan memperolehi antara 50 - 55 % undi orang Melayu di Galas.Dengan anggaran itu PAS dijangka akan menang
dengan majoriti antara 400-1000 undi.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List