Batu Sapi: PKR, BN Bersaing Rapat SAPP Jauh Dibelakang....???

on Nov 2, 2010

SANDAKAN 2 NOV: Sambutan warga tempatan terhadap kempen PKR di Batu Sapi amat menggalakkan dengan PKR dan Barisan Nasional(BN) bersaing rapat dan SAPP dijangka jauh ke belakang.

Calon PKR Pilihan Raya Kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah dalam satu sidang media hari ini, berkata sehingga hari ini beliau  melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," jelas beliau.

Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh yang bersama dalam sidang media pagi tadi menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor menjatuhkan PKR memandangkan PKR semakin hampir mengejar BN.

Memberitahu media, semalam beliau mendapat panggian daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus PKR mahu menarik diri dari bertanding.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkian rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya  pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi  ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital Duchess of Kent.

"Tetapi, apabbila sampai di sana, saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.
Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital Duchess of Kent)," kata beliau. 
-tvsnews-

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List