Budak tadika mati tergantung.......???

on Nov 2, 2010

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui tergantung pada seutas tali yang digunakan untuk menyangkut buaian oleh ibunya di Kampung Tok Keling, kira-kira jam 2 petang, semalam. Nor Shafawati Yahya ditemui tergantung oleh ibunya, Siti Aisyah Ishak, 23, selepas dia menyedari kelibat anaknya tidak kelihatan selepas mangsa ke dapur untuk menghantar pinggan selepas makan tengah hari berseorangan.


Selepas melihat keadaan Nor Shafawati itu, dia segera memanggil suaminya dan suami bergegas menanggalkan tali daripada leher mangsa sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Pokok Sena. Pada jam 12 tengah hari sebelum itu, dia ke Tabika Kemas Taman Sena untuk mengambil Nor Shafawati, dan mangsa sempat meminta RM1 untuk membeli gula-gula. “Kebiasaannya pada setiap kali pulang dari Tabika Kemas, arwah akan meminta RM1 untuk membeli gula-gula dan saya tidak pernah menghampakan permintaannya, namun pada hari ini disebabkan hari hujan saya tidak memenuhi permintaannya dan dia tidak membantah".

"Sesampai di rumah, arwah sempat bermain air hujan sebelum saya melarangnya dan menyuruh dia masuk ke dalam rumah dan makan tengah hari bersama bapanya, namun dia menyatakan masih kenyang”. Mangsa yang juga merupakan anak sulungnya selepas itu makan tengah hari berseorangan selepas bapanya makan. “Semasa dia makan, saya sedang mendodoikan adiknya untuk tidur dan selepas dia habis makan dia terus ke dapur, selepas itu keadaan senyap dan suaranya juga tidak kedengaran”.

Keadaan tersebut menyebabkan dia hairan dan menyebabkan dia terus ke dapur untuk melihat apa yang dibuat oleh anaknya sebelum melihat anaknya tergantung. “Arwah adalah seorang yang periang dan suaranya sentiasa menghiasi rumah ini pada setiap waktu dan kehilangannya adalah ujian yang besar buat kami sekeluarga”. Kejadian tersebut dan perkara itu masih dalam siasatan polis.

***hairan juga rasanya. agak mustahil anak sekecil itu sudah pandai merajuk hingga begitu sekali. melalui berita ini tidak dinyatakan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. adakah kematiannya secara tidak sengaja atau ada pihak lain yang melakukannya. tragis dan takziah kepada kedua ibu bapanya. memang sukar untuk menerima kenyataan akan pemergiannya seperti ini. harap ibu bapanya dapat bersabar***

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List