
Ketibaan Clinton dan rombongan pada jam 8.35 malam itu disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Ketika di Malaysia, Clinton dijadual menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Anifah di Wisma Putra, Putrajaya dan kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anifah dan Clinton dijangka mengadakan perbincangan mengenai hubungan kerjasama dua hala, isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Clinton dijadual berlepas ke Papua New Guinea pada 3 November untuk lawatan rasmi.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment