Drama PKR: Taktik Menjatuhkan Tun Ghafar Digunakan Kembali.........???

on Nov 11, 2010

keadilan5

PETALING JAYA: Drama dalam PKR dewasa ini mengimbas kembali "taktik" yang digunakan Anwar Ibrahim ketika menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba, kata bekas Ketua Penerangan Ruslan Kasim.
Menurut beliau, senario yang berlaku sekarang ini ialah cara Anwar "untuk membersihkan laluan secara rasmi" untuk calon timbalan presiden Azmin Ali, yang secara kebetulan bersama beliau sejak "masa lampau" dan memberinya "kemenangan percuma".
"Beginilah caranya Anwar bekerja….taktik dan strategi beliau adalah serupa seperti pada masa silam apabila beliau bertarung dengan Ghafar……kini beliau menggunakan budak kesayangannya," kata beliau dan menambah, rupa sebenar PKR mula timbul.
"Kini kita melihat PKR yang sebenar…….sebelum itu ia menuduh Umno sebagai tidak adil, tidak demokratik, tidak telus…..kini ia menampar hidungnya sendiri," katanya.
Ruslan memberi maklum balas mengenai pengunduran secara mengejut Zaid Ibrahim dari perlumbaan timbalan presiden hari Isnin lalu sebagai memprotes penyelewengan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pemilihan.  Zaid juga mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti dengan serta merta.
Kelmarin, Zaid dalam satu sidang media bersama calon ketiga, Mustaffa Kamil Ayub, menggesa Anwar berundur dan pencalonan Azmin diisytiharkan batal.
Mengenai gesaan Zaid ini, Ruslan berkata, "Anwar tidak akan berundur sehingga beliau mencapai matlamatnya untuk menawan Putrajaya……bukit tidak runtuh, jadi jangan harap Anwar akan berundur."
Menyifatkan gesaan Zaid seperti anjing menyalak bukit, Ruslan berkata, Anwar menggunakan orang untuk mencapai cita-cita peribadinya termasuk para pemimpin DAP dan PAS.  Jika beliau boleh memperdaya orang lain untuk pergi ke Putrajaya, apatah lagi Zaid."
Lebih banyak masalah akan timbul
Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Umno Hamidah Osman berkata, apa yang berlaku dalam PKR adalah seperti yang dijangka.
"Walaupun PKR mempunyai barisan kepimpinannya sendiri, tetapi mereka kesemuanya tidak ada kuasa termasuk presiden.  Yang paling berkuasa ialah penasihatnya.
"Oleh yang demikian, tidak mungkin Anwar akan memberi jalan supaya Azmin kalah dalam pemilihan walaupun beliau berkata beliau tidak akan campur tangan.
"Parti itu akan dibelenggu dengan masalah, perhatikan apa yang saya cakap……tambah-tambah lagi apabila Azmin dilantik (Timbalan Presiden).
"Azmin pasti akan menyusun barisannya sendiri bagi memastikan beliau terus berkuasa dan beliau akan tendang yang lain.
"Ingat apa yang berlaku di Selangor apabila Azmin campur tangan dalam pentadbiran sebab beliau tidak sebulu dengan Menteri Besar Khalid Ibrahim," kata Hamidah kepada MediaUmno.
Hamidah berkata perletakan jawatan oleh Zaid adalah permulaan bagi kacau bilau dalam PKR, memandangkan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List