Hubungan Jimmy Shanley & Isteri Bergelora, Kes Lari Dari Rumah......???

on Nov 11, 2010


Sebelum kahwin, sudah pelbagai gossip melanda Jimmy Shanley termasuk tuduhan bahawa beliau seorang kaki kikis. Alhamdullilah, akhirnya kedua-dua pasangan ini berjaya juga melaksanakan perkahwinan dengan dibarisi oleh kereta-kereta mewah seperti Lamborghini & Chyrsler 300c pada hari persandingan.
Baru sebulan berkahwin, inai pun masih merah di jari. Perkahwinan Jimmy Shanley & Nursuhaila dikatakan bagai retak menanti belah apabila isterinya bertindak meninggalkan rumah tempoh hari. Peristiwa lari dari rumah itu telah dinafikan oleh Jimmy, namun tidak menolak dakwaan bahawa hubungan mereka berdua memang bergelora.
Jimmy berkata bahawa beliau hanya berserah kepada tuhan, dan masih kabur dengan kehidupannya yang baru. Agak sukar untuk menceritakan situasi sebenar yang berlaku, lagi pun mereka baru berkahwin dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Namun, Jimmy meminta supaya umum memberikan mereka masa untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Katanya lagi, lebih baik mendiamkan diri dan melalui hidup ini dengan keadaan tenang & senyuman. Kami doakan yang terbaik, amin!
Sumber berita : Sinar Harian

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List