Lebih-lebih lagi, Zaid Ibrahim sering "tersilap langkah" dalam percaturan strateginya. Bekas menteri kabinet yang "dipecat" dari UMNO dan menyertai PKR pada Jun 2009 ini, mencungkil kemarahan anggota parti apabila melontarkan kritikannya - malah sanggup menggunakan Utusan Malaysia sebagai gelanggangnya.
Ia tidak semestinya bererti PKR pantang dikritik, namun Zaid Ibrahim jelas tidak peka terhadap sentimen anggotanya. Misalnya, ketika Zaid Ibrahim mengkritik kod etika pemilihan PKR, beliau menggunakan ayat "saya tidak mahu Parti Keadilan Rakyat menjadi parti hipokrit seperti UMNO". 【Demokrasi Dalam Parti Politik】
Zaid Ibrahim tersilap langkah
Ini tidak termasuk pendirian Zaid Ibrahim yang sering berdolak-dalik dalam pemilihan. Ketika mengkritik kod etika pemilihan pada Ogos 2010, beliau menulis, "Saya tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan... Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti. Saya akan berkempen bagi pihak mereka. Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai 'campaign manager' ini."
Tiga minggu kemudian, Zaid Ibrahim mengumumkan keputusannya untuk bertanding, tetapi menggariskan syarat bahawa dirinya sudi memberi laluan kepada Khalid Ibrahim - dengan kata lain enggan merebut jawatan parti yang sama dengan Menteri Besar Selangor ini. Namun, apabila Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden, Zaid Ibrahim yang sudah berada dalam gelanggang pula memberi tawaran yang sama kepada Nurul Izzah.
Perkara ini mungkin tidak sebesar mana, lebih-lebih lagi Zaid Ibrahim telah dijangkakan akan bertanding untuk jawatan tinggi sebermulanya. Namun imej seseorang ahli politik akan tercalar sedikit sebanyak apabila tidak serius kepada apa-apa yang terkeluar dari bibir.
Percaturan Azmin Ali
Jelas, Azmin mula berwaspada dengan "ahli baru" yang diberi jawatan sebagai Bendahari Agung ini. Azmin berdiam diri membenarkan penyokongnya mencalonkan beliau sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 2007, yang pada ketika itu cuba dihalang oleh Mohd Ezam Mohd Nor (gambar kiri) dengan tindakan meletak jawatan - sebagai amaran kepada Azmin Ali agar tidak bertanding menentang penyandang asalnya, Syed Husin Ali.
Strategi Azmin mudah dibaca. Apabila beliau "membenarkan secara senyap" penyokong untuk mencalonkan dirinya, maka ia memberi petanda yang cukup jelas kepada Syed Husin Ali - ahli politik veteran yang nyata kurang "lincah" dalam permainan politik berbanding dirinya. Malah, jikapun Azmin tidak bertanding pada saat-saat akhirnya, tindakan ini sekurang-kurangnya memberi isyarat bahawa orang ketiga dalam parti ini sudah mempunyai sokongan untuk mengorak satu langkah lagi ke depan.
Namun, apa yang terjadi di sebaliknya adalah kehancuran impian menawan Putrajaya, bahkan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Perak, disusuli arus "keluar parti" yang menderas di dalam PKR. PKR, parti pembangkang terbesar dengan 31 kerusi parlimen selepas tsunami politik 8 Mac 2008 - kini menjadi parti pembangkang yang dilihat paling lemah - dari kerusi parlimen, PKR ketinggalan di belakang DAP; dari kuasa kerajaan negeri pula, PAS menguasai dua negeri, berbanding PKR yang bertahan di Selangor - itupun dengan sokongan DAP dan PAS.
Pendesak agar Khalid digulingkan
Lidah parti, Suara Keadilan diambil-alih daripada tangan Ketua Penerangan, Tian Chua (gambar kiri) pada tahun 2009. Pasukan editorialnya dirombak, dan di situ Zunar membubuh noktah selaku Ketua Pengarang. Malah, Tian Chua dilucutkan jawatan Ketua Penerangan, dan dilantik sebagai Pengarah Strategi - rombakan yang ditafsir umum sebagai "turun pangkat".
Pengambil-alihan ini diakui Syed Husin Ali sendiri dalam satuwawancara bersama MerdekaReview, dari tangan "mereka yang bersemangat tetapi kononnya tidak profesional", kepada "mereka yang kononnya profesional tetapi tidak bersemangat". Apapun yang tersirat atau berlaku di sebalik pertukaran tangan ini, tidak mengubah hakikat bahawa kelarisan Suara Keadilan telah mencatat 150 ribu naskah ketika itu, berbanding 20 atau 30 ribu naskhah sebelum PRU ke-12. Ertinya, penerbitnya mula meraih keuntungan daripada jualan Suara Keadilan.
Malah, perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dikatakan sebagai "kompromi" antara pilihan mengekalkan dengan menggulingkan Khalid Ibrahim (gambar kanan). Golongan pendesak mahu Anwar Ibrahim campur tangan agar Khalid tidak mendominasi segala-galanya.
Namun, usaha mendesak agar Khalid Ibrahim digulingkan tidak dihentikan begitu sahaja. Sebaliknya, golongan yang tidak puas hati dengan Khalid ini memilih untuk meninggalkan parti sebelum beliau mengundur, kata sumber maklumat kepada MerdekaReview.
Seandainya diimbas kembali, bekas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim meninggalkan PKR pada awal Mac 2010. Pertikaian yang berlaku antara tokoh korporat dengan Timbalan Presiden, Syed Husin Ali ketika itu berlegar pada isu "CEO Syarikat Perangsang". Namun, apa yang penting di sebalik isu ini adalah perselisihan antara Salehuddin Hashim dengan Khalid Ibrahim. Dan yang lebih penting, Soh Chee Wen turut meninggalkan ibu pejabat PKR tidak lama selepas itu, menyusuli jejak langkah Salehuddin.
Azmin menunggu durian runtuh?
"Untuk berlaku adil, Azmin bukan orang yang berada di depan untuk mendesak agar Khalid Ibrahim digulingkan," kata sumber maklumat, sebelum menambah, "Tapi Azmin agak senyap ketika itu, kerana beliau tahu seandainya Khalid digulingkan, dialah orang yang paling berpotensi untuk menjadi Menteri Besar."
"Untuk berlaku adil, Azmin bukan orang yang berada di depan untuk mendesak agar Khalid Ibrahim digulingkan," kata sumber maklumat, sebelum menambah, "Tapi Azmin agak senyap ketika itu, kerana beliau tahu seandainya Khalid digulingkan, dialah orang yang paling berpotensi untuk menjadi Menteri Besar."
Sumber maklumat ini menyimpulkan, Azmin sememangnya kelihatan berpuak-puak dalam parti, tidak disenangi oleh mereka yang berlatar-belakangkan gerakan sosial atau NGO, dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Namun, beliau menekankan, Azmin bukan sehaluan dengan golongan pendesak agar Khalid digulingkan, walaupun ditonjolkan media seolah-olah beliaulah dalang di sebalik tabir.
"Ingat tak laporan kononnya Azmin menepuk meja dalam mesyuarat? Ini sebenarnya tidak berlaku, tetapi dibesar-besarkan seolah-olah ia berlaku. Di situ Anwar mula sedar bahawa ada orang yang melepaskan khabar palsu daripada meja mesyuarat kepada media..." kata pemimpin pusat PKR ini. (Bahagian pertama, bersambung)
http://www.merdekareview.com/bm/
http://www.merdekareview.com/bm/
0 comments:
Post a Comment