Kemelut PKR : Ulasan Pemimpin Pas

on Nov 11, 2010

mahfuzKUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin utama PAS percaya kemelut berterusan dalam PKR boleh memberi kesan kepada kekuatan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, mereka yakin kepimpinan PKR boleh menyelesaikan kemelut tersebut dengan baik.
Tokoh veteran PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga naib presiden parti itu berkata, pergolakan dan kemelut dalam PKR akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

"Sudah tentu pergolakan dalam mana-mana pertubuhan akan memberi kesan. Tengok kemelut dalam MCA telah memberi kesan kepada Barisan Nasional.

"Tetapi saya yakin kepimpinan PKR boleh menyelesaikan masalah mereka," katanya ketika ditanya wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga berpendapat kemelut tersebut boleh membuat rakyat hilang kepercayaan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.

Yakin PKR boleh selesai masalah

"(Tetapi) saya yakin pucuk pimpinan PKR boleh menyelesaikan isu tersebut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Kemelut PKR tercetus apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden dan meletakkan semua jawatan dalam parti.

Zaid bekas menteri undang-undang juga mengancam akan menubuhkan PKR baru jika beliau disingkirkan dari PKR.
Zaid menyertai parti itu Julai tahun lepas selepas dipecat dari Umno kerana mengkritik penggunaan ISA terhadap beberapa tokoh politik dan seorang wartawan.

Seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub juga melahirkan kekecewaan dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sedang berlangsung sekarang.

FMT

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List