Nurul Izzah Terasa Kehilangan.......???

on Nov 10, 2010

Izzah: Ramai menaruh harapan pada Zaid


Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Nurul Izzah Anwar berkata beliau merasai kehilangan yang besar kepada parti, khususnya di Wilayah Persekutuan, ekoran perletakan jawatan pengerusinya Zaid Ibrahim dua hari lalu.

Menurut Izzah, sejak Zaid memegang jawatan pengerusi PKR beberapa bulan lalu, ramai di kalangan ahli meneruh harapan yang besar terhadap kepimpinan Zaid.

"Saya juga merasai kehilangan beliau kerana begitu ramai ahli yang menaruh harapan dan amanah terhadap beliau,” jelas Nurul.

Katanya, beliau menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh Zaid kerana memahami keputusan yang dilakukan Zaid setelah memikirkan secara mendalam.

"Saya percaya setiap anggota parti PKR bebas untuk berfikir dan melakukan yang terbaik untuk diri mereka dalam kerangka perjuangan parti. Pilihan sama ada untuk memegang atau melepaskan jawatan itu adalah hak setiap anggota parti." tambah beliau ketika dihubungi.

Menurut Izzah lagi, pengisisan kekosongan jawatan sebagai peneraju PKR Wilayah Persekutuan perlu di isi segera.

"Saya juga percaya PKR mempunyai anggota-anggota yang cukup dan mampu untuk mengambil alih tugasan yang telah diberi kepada Zaid sebagai pengerusi PKR WP supaya aktiviti parti dapat dijalankan," ujar beliau.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List