Presiden Teliti Memo, Tak Wajar SU Agung Umum Pendirian .........???

on Nov 10, 2010

Saifuddin sepatutnya tidak gopoh......


Ini kerana Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah masih meneliti memorandum yang diserahkan..


KUALA LUMPUR, 10 Nov — Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, setiausaha agung tidak wajar mengumumkan status bahawa pemilihan akan diteruskan memandangkan pucuk kepimpinan parti masih meneliti memorandum mengenai dakwaan kecacatan proses pengundian yang dikemukakan semalam.

Mustaffa berkata, memorandum itu yang memberikan tempoh 48 jam untuk penyelesaian — diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah, petang semalam.

“Tidak wajar beliau (Saifuddin) membuat pengumuman bahawa pemilihan akan diteruskan kerana Presiden parti dan JPP masih meneliti memorandum yang kami serahkan,” kata Mustaffa ketika dihubungi.

Semalam, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan meneruskan pemilihan langsung yang diadakan sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan oleh dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.
Saifuddin juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.

Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.
Saifuddin juga menegaskan, daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan proses pengundian, Datuk Zaid Ibrahim menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang. Mustaffa menang di sebanyak 11 cabang.

“Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,” kata Saifuddin.

Mustaffa berkata, Dr Wan Azizah berjanji untuk membincangkan dakwaan disenaraikan dalam memorandum yang dikemukakan semalam bersama beberapa pemimpin dan JPP.

“Beliau berjanji akan membincangkan perkara itu hari ini bersama beberapa pemimpin, kemungkinan dalam Biro Politik juga,” kata Mustaffa sambil menambah, beliau meminta pucuk kepimpinan dan JPP memberikan penelitian segera memandangkan proses pengundian akan diteruskan hujung minggu ini.

Lazimnya PKR akan mengadakan mesyuarat Biro Politik setiap Rabu.
“Kami meminta perkara ini disegerakan memandangkan pemilihan akan diteruskan mulai 12, 13 November ini,” katanya.

Semalam, Mustaffa menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu - menggunakan kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Mustaffa memberi tempoh 48 jam kepada JPP agar mengambil kedua-dua tindakan itu pada sidang media diadakan oleh Zaid yang kelmarin memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat.

Tempoh kata dua beliau akan berakhir petang esok.

“Hasil tindakan ke atas memorandum ini, awal Jumaat ini, saya akan mengumumkan pendirian saya sama ada saya akan terus bersaing ataupun sebaliknya,” kata beliau.

Malaysia Insider

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List