ZAHID HAMIDI DIBIDAS.........???

on Nov 10, 2010


Lagi komponen BN bidas Zahid persoal patriotisme bukan Melayu


KUALA LUMPUR, 10 Nov — MIC juga mengambil pendirian MCA dengan menegaskan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar mendakwa semangat patriotisme yang belum cukup tinggi di kalangan bukan Melayu sebagai punca orang Cina dan India tidak berminat menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta menteri-menteri Umno agar berhenti daripada membuat kenyataan yang mempersoalkan kesetiaan dan integriti bukan Melayu.
Dr Chua berkata tindakan sedemikian hanya akan memudaratkan usaha memperbaiki keharmonian kaum.
Dalam reaksinya hari ini, Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, pihaknya menerima banyak aduan dan rungutan bahawa permohonan bukan Melayu tidak berjaya atas beberapa sebab termasuk gagal semasa temu duga fizikal.
“Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengaitkan isu semangat patriotisme dengan penyertaan kaum bukan Melayu dalam ATM adalah tidak tepat.
“Saya sebagai seorang pemimpin masyarakat, sedih dengan kenyataan ini, lebih-lebih lagi daripada seorang lagi pemimpin masyarakat dan negara,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Selain itu, kata beliau, isu kenaikan pangkat, khususnya di kalangan anggota dan pegawai ATM sedia ada juga merupakan salah satu faktor menyebabkan mereka kurang berminat menyertai perkhidmatan itu memandangkan mempunyai pilihan lain.
“Kita di pihak MIC, bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan dan ATM bagi menangani masalah ini,” katanya.
“Saya ingin menyatakan bahawa kenyataan Menteri Pertahanan dalam satu jawapan di Dewan Rakyat semalam bahawa bilangan permohonan bagi pengambilan ATM dari kalangan masyarakat bukan Melayu rendah kerana kurang semangat patriotisme telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum bukan Melayu,” kata Subramaniam.
Zahid berkata, hanya terdapat 903 anggota bukan Melayu dalam ATM yang memasuki perkhidmatan itu bagi tempoh dua tahun lepas.
Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 82 anggota kaum India, 26 (Cina) manakala 795 lagi adalah kaum-kaum lain yang meliputi kaum peribumi Sabah dan Sarawak.
“Kementerian mendapati penyertaan kaum bukan Melayu terutama kaum Cina dan India masih berkurangan berkemungkinan disebabkan kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat, ganjaran kurang berbanding swasta, tiada galakan daripada keluarga serta semangat patriotisme yang belum cukup tinggi,” kata Zahid yang juga Naib Presiden Umno.
Beliau juga berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang kuota untuk kemasukan dalam ATM kerana penyertaannya adalah berasaskan kelayakan, minat dan secara sukarela
.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List