Blogger UMNO Berperang - Part 3

on Feb 3, 2012



Image



Minggu yang penuh kontroversi terhadap diri dan laman web www.umno-reform2.com. Sesuatu yang menunjukkan keprihatinan dan penelitian terhadap laman ini dan kehadiran saya dalam dunia siber ini. Terima Kasih. Hakikatnya untuk persoalan mengenai laman web www.umno-reform2.com dan nama saya Anuar Mohd Nor senantiasa terbuka. Cuma ada memilih untuk hanya meraung dengan tuduhan meleset semata-mata atas nama populis. Kehadiran saya  jelas dan ia bukan suara-suara ghaib yang timbul berselindung di belakang papan kekunci. Kehadiran saya nyata – boleh diungkai – disentuh dan disiasat.

Pertuduhan dibuat terhadap saya. Saya adalah agen PKR yang menyusup masuk ke dalam program – program strategik UMNO dan membocorkan rahsia strategik UMNO. Saya adalah TROJAN HORSE – kata dan salakan laman-laman tertentu. Semua menunjukkan keprihatinan, kecemburuan, ketidakikhlasan dan ketakutan. Takut apa. Muka saya jelas dan saya bukan hantu-hantu siber mahupun pengecut yang mahu menyerang – mahu berjuang – mahu berkorban tetapi takut – menunjukkan muka. Hakikatnya saya tidak sepatutnya melayan tohmahan dari hantu raya.

Untuk makluman memang saya hadir di beberapa program atas jemputan, itu pun program penerangan yang dihadiri oleh beratus penyelia laman web pro UMNO dan sekiranya saya adalah perisik PR masakan dengan khidmat polis risik dan risik tentera Malaysia yang cekap mereka tidak dapat menghidu saya. Mereka boleh mengekori saya – merekod siapa saya jumpa dan langkah yang saya ambil seterusnya. Muka dan fizikal saya jelas ada atau mungkin salakan itu sebenarnya memperkecil-kecil juga tahap risikan negara ini.

Semua mengenai diri ini bukan misteri – saya boleh dihubungi – nama yang digunakan nama penuh – latar belakang yang telah diperjelaskan dan boleh disiasat. Usaha saya tetap – percayakan UMNO sebagai wadah politik,mempromosi kematangan dan kewarasan pemikiran, kematangan politik dan memperjuangkan nilai kemanusiaan sesama kita. Saya percaya kepada kematangan politik – percaya kepada usaha perubahan yang mahu dianjurkan oleh PM Najib – percaya kepada transformasi politik yang akhirnya akan dinilai oleh rakyat negara ini.

Saya tidak hadir dalam mesyuarat pengurusan strategik UMNO yang memikirkan langkah – langkah strategik, saya tidak terbabit dalam Biro-biro strategik UMNO – tetapi saya hadir pada program penerangan – program makan-makan dan memberi pendapat khususnya kerana saya adalah antara kelompok kecil yang mendahului revolusioner media. Mungkin kaduk-kaduk siber tidak tahu membezakan antara sesuatu yang digelar perancangan strategik dan sesi penerangan.

Saya telah dilemparkan dengan berbagai-bagai tuduhan – cuba di mandikan dengan nama-nama keji – dikatakan perisik yang mahu memusnahkan UMNO. Tuduhan ini datang dari pengecut siber – berselindung di belakang papan kekunci – cuba mencabar saya tetapi kewarasan saya mendahului emosi, kematangan saya mendahului kemarahan dan saya fikir itu yang menjadikan saya – bahan serangan. Ini lumrah – kebodohan mahu mencabar sedikit kepandaian, kemarahan mahu mencabar kesabaran. Perbezaan saya dengan mereka amat jelas dan boleh dinilai pembaca khususnya pengamal media siber UMNO.

Benar kata-kata yang pernah dikatakan pada saya, kadang-kadang anjing menyalak mahukan perhatian tetapi dalam banyak hal, ia pun serupa – kaduk-kaduk siber juga mahukan perhatian, mahu menjadi penari porno untuk meloncatkan populariti tetapi kurang bijak dan budiman. Mahu dilihat sebagai penting tetapi tidak, mahu dikategorikan sebagai pejuang tetapi menyesatkan dan paling haru mahu melebihi UMNO dari UMNO untuk menyorokkan kesongsangan serupa dengan pondan-pondan jalanan – melebihi wanita dari wanita.

Apa pun tuduhan, saya tidak menggalakkan emosi mendahului kewarasan. Saya berpijak dan mengambil pendirian jelas untuk MENCABAR mereka hadir secara nyata dan mengulangi tuduhan yang secara terbuka atau setidak-tidak sesi tertutup dengan saksi-saksi yang kita persetujui. Saya mahu sama-sama berdepan dan mungkin disaksikan pihak-pihak tertentu dan berwibawa untuk menunjukkan bahawa tuduhan ke atas saya mempunyai justifikasi tertentu.

Saya juga CABAR untuk menayangkan video yang dikatakan ada – sewaktu menonton bersama Chegu Bard, kita boleh duduk bersama menyaksikan insiden yang berlaku tanpa suntingan seperti yang pernah saya cabar dahulu yang tidak disahut-sahut sehingga kini. Saya boleh menerangkan dengan jelas dengan alibi yang cukup berwibawa mengenai apa yang saya lakukan selepas menonton video tersebut dan penjelasan yang saya beri terhadap video itu.

Kalau pendekatan agama diambil saya sanggup juga MENCABAR untuk penuduh tegar www.papagomo.com untuk hadir secara terbuka sama – sama BERSUMPAH atas tuduhan dan justifikasi yang mahu diberi atau sekiranya tidak, untuk selamanya akan digelar pengecut. Saya tidak terima sumpah dalam laman tanpa muka seperti yang saudara buat – amat lucu dan kelakar dengan menggunakan sumpah atas nama www.papagomo.com

Rujuk http://www.papagomo.com/2011/03/ekslusif-video-porno-anwar-ibrahim-gomo.html dengan sumpah kelakar seperti berikut :

“Wallahi Wabillahi Watallaahi saya Papa Gomo dengan nama pena sebagai seorang penulis Blogg Bersumpah bahawasanya saya telah menonton rakaman Video yang memaparkan adengan Seks Anwar Ibrahim dan pasangannya seorang wanita China di dalam sebuah kamar”

Kalau saya mendatangkan mudarat (yang saya yakin tidak) terhadap UMNO – saya mengetahui kemudaratan yang lebih dahsyat dilakukan oleh blogger ini terhadap UMNO dan keselamatan dalam negara. Saya percaya mereka sebenarnya tersasar dalam membuat tuduhan atas kemarahan dan perasaan tercabar. Mereka mengutuk semua yang tidak sehaluan – menerjah kepimpinan UMNO yang ada dengan tuduhan berlandasan kelucahan dan tidak berasas atas kononnya mereka popular tetapi tidak sedar kepopularan atas landasan mana. ( penari bogel menggunakan palang juga popular )

Saya bersikap terbuka – saya tidak memulakan tuduhan peribadi, saya mengkritik secara langsung dan bersikap budiman dan tidak memulakan sebarang persengketaan. Saya terbuka untuk dihubungi seperti mana pernah antara blogger termasuk www.papagomo.com sendiri berjumpa dan memohon nasihat dan bertukar pendapat dari saya sebelum lemas dalam ruangan populis kelucahan.

Saya mampu memberi justifikasi kehadiran saya, sewaktu laporan polis terhadap blogger www.papagomo.com dibuat, siapa alibi saya yang turut hadir, tujuan kehadiran dan laporan sama seperti kehadiran KLPOS. Namun adakah mereka mahu mendengar atau terperangkap dalam kepompong pemikiran usang. Saya CABAR HADIR untuk sesi penerangan bersama – itu pun kalau mereka berani dan sanggup.

Apa pun saya tetap dengan pendirian saya dan memohon maaf sekiranya tersasar dalam memperkatakan dan melakukan sesuatu yang tidak disengajakan. Apa pun CABARAN saya telah saya maklumkan - TERPULANGLAH


UMNO Reform

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List