MAMPUKAH PKR MERAIH UNDI PENDUDUK PPRT SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA...?

on Feb 3, 2012



Dalam erti kata lain, pendedahan saya lakukan tidak mengira lokasi samada diperintah oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, PKR.

Petang tadi, saya sekali lagi berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Saya kemudian menemani kru program bual bicara TV3, Malaysia Hari Ini, MHI, Nor Hidayah Mohamed Fadzil dan Mohd Izwan Ibrahim ke Blok D perumahan sama.

Sebelum itu, saya sempat mendedahkan keluh kesah dan kedaifan hidup majoriti penduduk di kawasan sama, baca di sini.




"Bayangkan, saya anak 3 orang, kalau lif rosak 2 minggu, selama itulah saya terpaksa turun naik menggunakan tangga. Bukan rendah, kami tinggal di tingkat 12, apabila hendak membeli barang makanan, saya terpaksa turun, suami bekerja di Tesco Mutiara Damansara. Kalau tidak turun, kebuluran kami anak-beranak. Bila hendak menghantar anak ke sekolah, saya kena turun tangga lagi," ujar Nur Fitri Chik Ni. 



Airmata ibu itu bergenangan, mungkin mengenangkan untung nasib diri dan keluarga sebagai penduduk PPRT.

Kami kemudian menaiki lif ke tingkat 13.

Lihat reaksi spontan Hidayah, antara cemas dan keliru sebaik lif mula bergerak.

"Tengok lantai ini," usik saya.

"Tidak mahu," balasnya ringkas.



Saya mampu membaca perasaan wartawan muda itu sebaik melihat keadaan lif kami naiki bersama beberapa penduduk.






Menaiki lif untuk ke tingkat atas bak menyabung nyawa.

Sebaik menjejakkan kaki di tingkat 13, saya terpandang ...


Perlahan saya mendekati dua kanak-kanak terbabit dan melihat sudut pandangan mereka.



Wow! Gayat! Tambahan pula apabila melihat besi penghadang telah reput dan hanya diikat menggunakan tali.


Hemat saya, 'perangkap maut' itu mampu mengorbankan nyawa pada bila-bila masa sahaja.


"Kami memang bekas penduduk setinggan dan kemudian dipindahkan ke sini. PPRT, orang miskin. Ingatkan bila PKR memerintah, nasib kami lebih terbela tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini sebaliknya berlaku. Tidak hairan jika sekarang ini sudah kedengaran desas-desus, majoriti penduduk tidak akan mengundi PKR dalam Pilihan Raya Umum ke 13," rungut lelaki enggan identitinya didedahkan.

Saya dapati penempatan itu amat uzur. Kawasan di sekitar lif gelap tanpa lampu. Gambar di bawah saya rakam menggunakan flash. 

Jika tidak hanya kegelapan terserlah.


Berikut gambar direkod tanpa flash di sekitar lif dan rumah penduduk di tingkat 13.



Begini pula keadaan tangga digunakan penduduk untuk turun naik sekiranya lif tidak berfungsi.




Saya difahamkan, penempatan itu diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor dan diselenggara syarikat dilantik.

"Baru baru ini semasa rumah ini terbakar. Tiada bekalan air, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mendapatkan air dari rumah jiran di sebelah," keluh S. Ganesan.



"Ramai berkata, PKR baru sahaja memerintah, kira-kira satu penggal, berikan parti itu peluang," celah saya.

"Peluang? Kalau masalah asas seperti lif, bekalan air dan lebih lebih lagi keselamatan nyawa penduduk PPRT gagal ditangani, bagaimanakah PKR mampu hendak memerintah negara?," soalan diajukan kembali.

Saya terdiam.

Itu antara luahan hati rakyat, saya sekadar pencerita berlandaskan fakta disingkap.

Secara tiba-tiba saya teringatkan wakil rakyat, ADUN  Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim.



Di manakah beliau ketika rakyat memerlukan bantuan?

Barangkali Dr. Nasir berasa terlalu gayat untuk mendaki tangga ke tingkat '13' untuk bertemu pengundinya jika lif tidak beroperasi.




Mazidulakmal.com

Photobucket

1 comments:

Tulang Besi said...

Majoriti penduduk di sini tidak mengundi di sini. Mereka mengundi di tempat asal mereka seperti Taman Medan dsbnya.

Mereka juga rata-rata adalah penyokong BN pada tahun 2008 yang lepas menjadikan mereka tidak berapa mahu rapat dgn ADUN Kota Damansara.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List