SEJAK digugurkan sebagai Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali semakin galak merantau ke seluruh negara menyampaikan ceramah IMRnya (Islam, Melayu dan Raja). Untuk siri jelajah IMR ini sahaja, sudah ada 3 siri ceramah dijalankan, selebihnya adalah program HIMPUN dimana Hasan Ali juga menjadi tulang belakangnya.
Sudah tentu, intipati ceramahnya tidak lain dan tidak bukan untuk memburukkan Pakatan Rakyat, terutama kepimpinan kerajaan negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS yang dikatakan berlawanan dengan Islam dan undang-undang syariah negeri Selangor sendiri.
Tanggapan sesetengah dari pengamal media baru pro Pakatan Rakyat yang mengatakan siri jelajah Hasan Ali tidak akan mendapat sambutan, tampak meleset sama sekali. Dua hari lepas di Jalan Kebun Bunga, lebih 2,500 orang hadir menyaksikan ceramah Hasan Ali. Di Bangi, 1 hari sebelum Jalan Kebun, penulis mendapat maklumat 3,000 orang hadir, manakala di Bukit Gantang seramai 10,000 orang.
Memang kalau diikutkan dari segi jumlah, ianya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan ceramah-ceramah politik yang diadakan oleh Anwar, Mat Sabu dan sebagainya, tapi perlu diingat ceramah Hasan Ali bukan berkenaan politik, sebaliknya berkenaan dengan IMR tetapi menyelitkan unsur-unsur politik.
Dengan itu tidak hairanlah kenapa hanya orang Islam sahaja yang menghadiri ceramah tersebut dibanding ceramah politik yang dihadiri pelbagai kaum. Walaupun begitu, ceramah Hasan Ali masih mampu menarik ribuan pengunjung.
Dalam masa yang sama, penulis lihat tidak ada satu pun aktiviti ceramah yang diadakan untuk menyaingi ceramah Hasan Ali oleh kepimpinan PAS mahupun oleh kerajaan Selangor sendiri. Dari pemerhatian penulis, bahayanya ceramah Hasan Ali, dia memulakan 20 minit atau 30 minit pertama ceramahnya dengan perkara-perkara asas mengenai akidah Islam, sebelum perlahan-perlahan mengecam pentadbiran kerajaan Selangor, DAP, PAS, Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya. Paling teruk PAS lah.
Dalam setiap ceramahnya itu, Hasan Ali akan menjadi penceramah yang terakhir, sesuai dengan statusnya sebagai ‘bintang’ dalam majlis ceramah tersebut. Dia juga yang akan membaca doa penutup majlis, yang seakan menjadi trademark popular dalam siri ceramahnya sekarang sehingga dikhabarkan ada hadirin yang menitiskan air mata mendengarnya.
Justeru, nak menentang Hasan Ali dari segi politiknya semata-mata agak sukar kerana statusnya yang ‘neutral’ dari mana-mana parti politik setelah dipecat dari PAS. Hasan Ali sebenarnya pun tidak perlu menyertai UMNO, dengan membawa isu-isu berkaitan IMR ini sahaja, Hasan Ali sudah secara tidak langsung menyertai UMNO melalui ‘perjuangannya’ yang sangat mirip dengan UMNO.
Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menyaingi ‘tsunami politik’ yang dijanjikan Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Pada pandangan penulis, PAS dan Pakatan Rakyat perlu menghadirkan penceramah-penceramah yang tidak terlalu ketat dengan fahaman politik untuk menyaingi ceramah Hasan Ali.
Paling tidak menghantar kumpulan ‘pengacau’ untuk menganggu kosentrasi ceramah Hasan Ali kerana dari maklumat yang penulis terima, Hasan Ali tidak sahaja berceramah, malah juga berinteraksi dengan penonton ceramahnya secara tidak langsung.
Dan ia perlu diadakan segera kerana jika dibiarkan, itu membawa maksud apa jua yang dituduh Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat adalah benar!!
Suara Pakatan Rakyat
0 comments:
Post a Comment