Sekali imbas tengok macam Phua Chu Kang disisi, artis komedi terkenal TV Singapura. Dengan rambut palsunya bersama tahi lalat gergasi dipipi dan memakai but getah kuning. Rupa-rupanya yang ceria di sisi beliau adalah, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Nampak lebih muda dan sihat disamping suaminya tersayang. Rambut masih lagi tak beruban berbanding suaminya, Dr Mahathir meskipun usianya telah mencecah 84 tahun (12 Julai 1926). Nak kata seksi lagi tak munasabahlah…


Hari ni pun banyak pewarna rambut yang sudahlah diragui bahan buatannya tetapi ia juga menegah telapnya air pada rambut yang jika seseorang itu mandi junub ia menjadi tidak sah. Samalah seperti cat kuku yang menjadi penghalang daripada sahnya wudhu’ maupun mandi junub. Tetapi bagi seseorang yang tak pernah sembahyang maupun mandi junub, apa sangat dikisahkannya.
Cuma kalaulah dengan usia sedemikian beliau memakai pakaian seperti beliau kembali ke Malaysia dari Mekah tahun 1991 itu…. Alangkah lebih manis dan lebih baik dari segi syarak. Apapun ia bergantung dengan kepercayaan dan keimanan seseorang.

Kenapa Mahathir ke Australia? Memang ada forum. Tetapi dalam masa yang sama meninjau tempat yang sesuai. Yelahh! Beliau pernah menyebut untuk berhijrah meninggalkan Malaysia jika PR menang. Biarlah Anwar memerintah menjadi PM. Dia nak lari keluar. Apapun diharap dapat pulang ke Malaysia selepas sembuh nanti. Pilihanraya lambat lagi dan PR belum memerintah. Nampaknya Ibrahim Ali dan PERKASA masih memerlukan beliau.

Najib pun dah mula bukak taringnya. Mungkin didesak oleh penghuni tingkat 4 agar Najib mempertahankan dirinya. Najib pulak dah labelkan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai gajah ang ketika itu berperang yang mengakibatkan beliau luka ditengah-tengah. Rakyat tidak mengundi beliau bukan kerana rakyat benci dirinya tetapi akibat kebencian rakyat kepada Mahathir menyebabkan beliau juga hampir kalah di Pekan, Pahang pada tahun 1999. hah! mungkin terkejut dikatakan gajah kot! Mahathir dah sesak nafas.. terus masuk hospital.
Ish siapa yang duduk di tingkat 4 sekarang dan makin berkuasa? Kalau ini berterusan nescaya sesak nafas Mahathir akan datang lagi. Harap Tun Siti Hasmah sentiasa berjaga-jaga disisinya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment