MELAKA OH MELAKA.....MANA PERGINYA MONOREL YANG DIBANGGAKAN ALI RUSTAM?

on Oct 5, 2010

Media hari ini melaporkan kekecewaan orang ramai tentang projek monorel kerajaan negeri Melaka......???





Mereka melahirkan rasa kecewa dan tertanya-tanya berhubung projek pengangkutan monorel dan permainan roller coaster bernilai RM15.9 juta di tebingan Sungai Melaka yang masih belum beroperasi sehingga kini. 

Apakah sekali lagi jutaan duit rakyat hangus sebagaimana projek Eye On Malaysia yang gagal.

Projek pengangkutan monorel dan roller coaster yang dibangunkan bagi tujuan meningkatkan lagi kedatangan pengunjung, mengikut jangkaan sepatutnya mula beroperasi pada 31 Ogos lalu, selepas beberapa kali tertangguh. 

Perkhidmatan monorel kedua di negara ini selepas Kuala Lumpur dan memiliki landasan sepanjang 1.6 kilometer itu,sehingga kini tidak menampakkan hasilnya.

Mohd Ali pernah menyatakan bahawa kemudahan itu bakal menjadi hadiah istimewa kepada rakyat negeri ini menjelang hari kemerdekaan negara pada hujung bulan lalu, tetapi sehingga sekarang ia masih belum beroperasi, malah kami tidak tahu statusnya.

Keadaan samalah dengan isu Lapangan Terbang Batu Berendam yang sehingga kini hanya satu sahaja penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang yang dikatakan berstatus antarabangsa itu. Mohd Ali seringkali mendakwa bahawa lapangan terbang itu akan beroperasi secepat mungkin tetapi sehingga kini 'habuk pun tarak'.

Projek monorel dan roller coaster sepanjang 1.6 kilometer itu dimulakan pembinaannya pada Mac 2008, dijadual siap pada 31 Mei. Apakah ianya akan menambahkan lagi koleksi kegagalan kerajaan negeri Melaka dan menambahkan lagi jumlah duit rakyat yang hangus begitu sahaja.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List