Ku Li bimbang Sultan ke V Kelantan

on Dec 23, 2010


Mangapa tidak? Dua darjah kebesaran beliau di tarik balik.Kalau sultan Kelantan ke V yang baru saja menjadi sultan boleh bertindak demikian, kemungkinan tindakan selain itu tak mustahil dilakukan selanjutnya.

Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa Tuanku Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah juga bimbang apabila Tengku Muhammad Faris Petra sultan Kelantan baru ini dilantik sebagai Agung selepas sultan kedah.

Oleh itu, sama ada tindakan Ku Li menghina mahkamah atau apa apa yang berkaitan dengan undang undang Negara dia tetap menegaskan, bahawa pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan September lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Justeru, Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan hendaklah campur tangan untuk menangani masalah yang kemungkinan akan berlaku huru hara suatu masa nanti.

Memang Kelantan pernah huru hara cipta kerajaan UMNO/BN sustu ketika dulu untuk merampas kerajaan dari tangan PAS

Kata kaka Ahli Parlimen Gua Musang itu juga mengambarkan satu ruang dan peluang baik untuk kerajaan umno/BN melakukan apa yang wajar untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Menerusi penegasan bahawa Sultan Ismail adalah Sultan yang sah yang ditabalkan selepas Sultan Yahya Petra mangkat ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong sudah beransur pulih dan doktor juga mengatakan baginda boleh buat keputusan.Ini sekaligus menafikan pelantikan Tengku Muhammad Faris petra sebagai sultan.

Tengku Razaleigh berkata sultan Ismail adalah Sultan yang masih ada dan kini Kelantan seolah-olah mempunyai dua Sultan sehingga menyebakan rakyat keliru tanpa menyedari kes ini sudah selesai menerusi mahkamah tinggi.

Menurut Tengku Razaleigh, sekiranya krisis yang berlaku tidak dapat diselesaikan kemungkinan besar ia akan memberikan kesan buruk terhadap institusi diraja di negeri-negeri lain.

Kebimbangan itu di nyatakan menerusi kata katanya bahawa kalau situasi di Kelantan berterusan dan berlaku di mana-mana, ia boleh menimbulkan huru-hara, kalau Sultan boleh dibuang dengan senang inikan pula dibuang oleh pemangku.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List