Maka Berkatalah Senator Ini.......???

on Dec 23, 2010

Pastikan Pemandu Kenderaan Berat Ada Kelulusan Diploma

Dah berlaku kemalangan semua orang mula berkata kata untuk tempoh seminggu dua sahaja. Lepas tu senyap sepi. Ini lah situasi yang berlaku dalam negara Malaysia semenjak dua menjak. Dan terbaru berkatalah seorang Senator tentang kemalangan yang berlaku baru baru ini. Adakah senator ini pakar hal ehwal kenderaan berat atau sekadar pandai berkata kata.


KUALA LUMPUR: Kerajaan hendaklah memastikan kesemua pemandu kenderaan berat sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan seperti lori dan bas, kata Senator Datuk Idris Buang.
Beliau berkata pemandu kenderaan berat perlu dihantar ke institut-institut teknikal yang menawarkan kursus menjurus kepada pekerjaan mereka.
"Pada masa yang sama, gaji pemandu juga perlu dinaikkan setelah mereka mendapat kelulusan tersebut... jadi setelah perkara-perkara ini diimplementasi, isu seperti ini tidak akan berlaku kerana pemandu tersebut mempunyai kelayakan," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 di Dewan Negara, Rabu.
"Sekarang ini, ada di antara pemandu yang tidak ada lesen ataupun pernah mengambil dadah di mana ini akan memberi risiko yang tinggi kepada penumpang," katanya.
Idris percaya dengan pendedahan seperti ini pemandu akan mendalami tentang ciri-ciri teknikal seperti brek dan yang pentingnya tentang kebolehan kenderaan seperti bas dua tingkat untuk naik dan turun bukit dengan selesa.
Rang undang-undang, yang antara lain bertujuan memantapkan penguatkuasaan antara agensi iaitu JPJ, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, kemudiannya diluluskan dengan undi belah bahagian di mana seramai 20 orang bersetuju dan lapan orang tidak bersetuju. 
BERNAMA

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List