

"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini. "Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.

"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman.
Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman. "(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya. Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam. "Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.
0 comments:
Post a Comment