
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan Isnin memberitahu satu mesyuarat khas akan diadakan berkaitan piliraya kecil itu di ibupejabat SPR pada hari berkenaan. Menurut beliau SPRa telah pun menerima notis berkenaan kekosongan itu selepas dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor pada 17 Disember lalu.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan. Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.
"Rekod dulu memberangsangkan tetapi apa yang penting bukan sahaja setakat pertahankan tetapi kalau boleh kita tingkatkan lagi jumlah sokongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis gempur NKRA 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar, di Pagoh Sabtu.


DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu. Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.
Sumber :- http://gelombang-rakyat.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment