Anwar pernah berkata "angin perubahan akan bertiup dari Sabah". Apa yang dikatakannya kini sedikit demi sedikit dah menjadi kenyataan. Tapi, apa yang bertiup sekarang bukan lagi sekadar angin... Ini dah mencapai tahap taufan perubahan. Terima kasih kepada slogan PKR - Change Now atau Berubah Sekarang yang begitu berkesan dalam membuka minda rakyat Sabah.
Tahniah dan syabas juga pada orang Sabah! Yang sememangnya sensitif, reaktif dan reseptif terhadap slogan tersebut.
Natijah daripada perubahan tersebut, naib presiden PKR, Dr. Jeffrey Kitingan keluar meninggalkan PKR minggu lalu. Tindakan tersebut kemudiannya diikuti oleh Ketua PKR Putatan Awang Ahmadsah Awang Sahari. Semalam, Timbalan Ketua PKR Beaufort Lajim Yusof pula membuat 'terjunan' yang sama. Dijangkakan dalam masa terdekat, lebih ramai yang akan menurut jejak langkah mereka untuk meninggalkan Parti Keluar Ramai-ramai itu.
Alasan mereka ialah orang Sabah ingin berubah atas nama perjuangan dan keadilan yang sebenar. Mereka berubah atas nama kesedaran dan kebijaksanaan. Mereka tidak mahu terus ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin dan parti yang penuh dengan masalah.
Sebelum ini, atas sebab perubahan juga orang Sabah humbankan pemimpin kesayangan Anwar, Ansari Abdullah ke dalam laut Batu Sapi ketika PRK beberapa bulan lalu.
Tahniah orang Sabah. Anda memang bijak.
Hei! Orang Sarawak yang sengal-sengal otak tu...BILA LAGI?
0 comments:
Post a Comment