Padah ‘Makan’ Bakal Anak Tiri.....

on Dec 24, 2010



PETALING JAYA: Sepuluh hari sebelum bernikah dengan si ibu, seorang bakal bapa tiri ‘durjana’ tergamak merogol anak wanita itu yang berusia 15 tahun, lima tahun lalu.

Akibatnya, tertuduh, Hamdan Ahadluddin, 49, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mahkamah mendapati tertuduh yang membela diri sendiri gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Hakim Rozina Ayob dalam penghakimannya berkata, isu utama berbangkit dalam pembelaan tertuduh berkaitan bukti alibi yang dikemukakannya di mahkamah.

“Tertuduh dalam keterangannya menafikan berada di tempat kejadian dengan mengatakan dirinya berada di tempat kerja, bagaimanapun daripada keterangan saksi utama iaitu mangsa dan ibunya, mahkamah mendapati bukti berkenaan sebagai hanya penafiannya semata-mata dan bukan keterangan yang meyakinkan,” katanya.

“Pengecaman yang dilakukan mangsa serta keterangannya mengenai kesan koyak pada selaput daranya adalah konsisten dan disahkan pakar perubatan dan lebih meyakinkan. Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan ke atas kesalahan,” katanya.

Bagi tuduhan pertama, Hamdan yang mendakwa dirinya sebagai bekas Setiausaha Umno cawangan Taman Aman, di sini, didakwa cuba merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Lembah Subang, kira-kira jam 2 petang, pada November 2004.

Manakala tuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa di lokasi sama seminggu sebelum Aidiladha, jam 2 petang 21 Januari 2005. - mymetro

Note: Bekas Setiausaha Umno cawangan Taman Aman... kalau ini fitnah sila saman Mymetro...

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List