Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.
"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
Aku dan isteri pernah menerima msg seperti itu kira-kira 2 minggu lalu, Ayah mana pula? Padahal ayah aku dah lama meninggal ... jadi aku abaikan saja SMS tersebut, mungkin ada orang tersilap hantar. Selepas 4 hari SMS yang hampir sama aku terima lagi dari penghantar yang lain .... dan seterusnya sehingaa ke pagi ini sudah 4 SMS yang sama aku terima, isteri 2 SMS dan anak aku 2 SMS .... tahu lah kami ini sindiket.
Jadi korang jangan terkejut dan abaikan saja SMS yang macam ni.
1 comments:
minggu lepas sy terima msg di pc yg msg yg mengatakan minta masukkan topup RM30 di no 017 ****** kononnya pakcik saya ada di balai polis gak .. sy balas balik mengatakan tak berkaitan dan tak kenal pun .. di hp saya pun pernah di antarnya .. ni semua penyamun ...
Post a Comment