Sudah tiba masanya kerajaan memerhatikan dengan lebih serius akan peningkatan kos kehidupan di bandar.
Ramai orang yang mudah aku sebut sebagai 'middle class' pasti bersetuju dengan pandangan akan perlunya beberapa insiatif, insentif dan tindakan responsif dengan kadar segera dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan kos hidup di bandar.
Ide sistem ekonomi berlandaskan konsep sosialisme yang menguntungkan syarikat GLC sudah tidak praktikal untuk diimplementasikan dalam konteks politik sekarang.
Baru-baru ini GLC dari kumpulan TNB bercadang untuk menaikkan kadar tarif elektrik.
Aku tahu GLC memikirkan keuntungan tetapi pada masa yang sama juga 'kuasa rakyat' dalam menentukan jatuh bangun sebuah kerajaan harus diambil kira.
Sudah tiba masanya perjanjian TNB dengan 4 syarikat pembekal elektrik dikaji semula.
Semalam wujud pula isu kisah saman di berikan kepada syarikat swasta.
Apa perlunya ditubuhkan syarikat ini aku kurang pasti.
Namun jangkaan aku ia akan mengalami sindrom penyakit yang sama sepertimana pernah CITOS buat onar dulu. Ingat lagi kes CITOS yang banyak menyusahkan rakyat dalam kes pinjaman.
Perlukah konsep penswastaan kutipan saman ini dilakukan.? Sewajarnya tugas ini wajib dilaksanakan oleh PDRM sekaligus melenyapkan akan ide 'untung atas angin' syarikat yang dilantik.
Bagi aku sudah tiba masanya menteri yang tak paham kesusahan hidup rakyat di gugurkan daripada senarai. Sungguh menyusahkan dan langsung tak meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas mentadbir negara.
Tak takut hilang undi ke BN ? Ikhlas aku tanya ni......
0 comments:
Post a Comment