11 Maut Akibat Tanah Runtuh Di Turki

on Aug 29, 2010

GUNDOGDU, Turki 27 Ogos - Seramai 11 orang dilaporkan terbunuh manakala enam lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku akibat hujan lebat yang melanda sebelah timur laut Turki yang turut memusnahkan beberapa kediaman penduduk semalam.
Kejadian tersebut berlaku sebuah pekan Gundogdu di wilayah Rize di sebelah timur Laut Hitam lewat malam semalam, pasukan penyelamat meneruskan operasi menyelamat hari ini.
Menteri negeri Anatolian, Faruk Nafiz Ozak berkata, mereka yang berada di tempat kejadian melaporkan bahawa enam mangsa masih tidak ditemui.
Jentera pengaut digunakan bagi menggali balik bangunan empat tingkat yang ditenggelami tanah runtuh tersebut. Perkhidmatan telefon turut terputus di kawasan pergunungan.
Kejadian maut akibat tanah runtuh sering berlaku di kawasan pantai Laut Hitam, Turki bila hujan lebat akan menyebabkan kemusnahan ke atas penempatan penduduk yang dibina dengan tidak mengikut peraturan. - REUTERS



Bangunan rosak teruk setelah bukit di belakang runtuh di bandar Gundogdu di wilayah Rize di Turki. Seramai 11 orang terbunuh dan enam lagi hilang dalam kejadian itu selepas hujan lebat, semalam. - REUTERS


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List