JAKARTA 28 Ogos - Walaupun mengalami kemurungan berikutan skandal video seks, Cut Tari sudah mula berani menampilkan diri di khalayak ramai.
Sebelum ini selebriti itu mengaku tidak berani keluar rumah walaupun untuk menghantar anak ke sekolah.
Namun keadaan yang membelenggu Cut Tari selama beberapa bulan itu kelihatan beransur pulih apabila dia dilihat mula menghantar anaknya ke sekolah dan sudah berani mengunjungi kompleks membeli-belah kebelakangan ini.
"Pada mulanya saya cuma menemani anak saya ke kompleks membeli-belah kerana sudah dua bulan tidak mengunjunginya dan saya harus memberanikan diri.
"Sewaktu mula-mula ke kompleks membeli-belah, saya berasa seperti dizalimi dan terpaksa tunduk dengan menumpukan niat untuk menemani anak saya sahaja," kata Cut Tari ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama peguamnya Hotman Paris Hutapea, semalam.
Dia bimbang mengenai persepsi masyarakat berhubung skandal video seks itu yang telah menjejaskan namanya, namun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
"Saya selalu memikirkan persepsi orang ramai terhadap saya, namun selepas keluar tenyata ia berbeza. Ada juga yang turut menegur saya dan saya cuma buat seperti biasa sahaja," katanya lagi. - AGENSI
0 comments:
Post a Comment