Ahli PKR Sabah Yang Digantung Boleh Merayu, Kata Anwar

on Aug 29, 2010

KINARUT: Dua belas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang digantung daripada parti kerana dikatakan terlibat dalam rancangan menubuhkan sebuah parti baru masih boleh merayu kepada jawatankuasadisiplin PKR, kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini disebabkan 12 anggota terbabit menarik balik cadangan itu dan tidak melancarkan parti yang telah mereka tubuhkan.
"Saya harap mereka akan menerimanya secara jujur dan saya juga meminta kepimpinan parti supaya tidak merumitkan perkara ini. "Kami perlu memberi mereka peluang untuk merayu. Ini hanyalah satu prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan PKR Sabah di sini, Sabtu.
Anggota terbabit dikatakan telah membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Disember lepas ekoran rasa tidak puas hati Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap campurtangan kepimpinan pusat dalam urusan PKR di Sabah. - BERNAMA

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List