PKR PAHANG BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA UMUM........

on Aug 29, 2010

Dato' Fauzi Abdul Rahman Menegaskan PKR Pahang Kini Semakin Diterima Rakyat dan Bersedia Pada Bila-Bila Masa Untuk Menghadapi Piliharaya Umum.

   

KUANTAN, 29 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 pada bila-bila masa sahaja. Demikian menurut Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto), selakuPengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Beliau berkata, PKR negeri kini semakin matang dan lebih bersedia daripada tahun-tahun sebelumnya. "Jika dulu parti terpaksa bergantung sepenuh harapan kepada PAS atau DAP untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat, kini tidak lagi. Kami sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan perubahan besar berlaku di negeri Pahang dalam PRU-13 nanti". katanya. Jika dulu partinya dilihat lebih kepada "penumpang"dalam Pakatan Rakyat, kini senario itu sudah berubah. Malah PKR Pahang semakin diterima oleh sebahagian besar rakyat negeri ini. "Jika dulu, kami gagal menembusi kubu kuat BN iaitu di kawasan perkampungan orang asli dan juga penempatan Felda. Kini PKR sudah mula diterima oleh masyarakat di sana. Malah, kita juga telah menubuhkan banyak ranting (cawangan) di kawasan terbabit. Apa yang lebih menarik, para peneroka Felda dan orang asli kini mula berani dan secara terang-terangan menyokong kita. Ia jauh sekali berbeza dengan masa lalu, dimana PKR sendiri tidak mempunyai sokongan dan tiada ranting di kawasan terbabit", tambah Dato' Fauzi lagi. Atas faktor itulah, beliau tidak menolak kemungkinan hasrat untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang bakal tercapai jua nanti.

Faktor Pemilihan Calon Akan Di Buat Lebih Teliti 


Menyentuh mengenai Pilihanraya Ke-13 yang dijangka tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang, Dato' Fauzi menegaskan bahawa partinya amat berhati-hati dengan pemilihan calon yang akan bertanding kali ini. Hanya calon yang popular dan boleh diterima rakyat akan diberi keutamaan. "Tiada lagi calon bidan terjun atau pun last minute seperti yang berlaku di masa lalu. Kita akan pastikan calon yang berkualiti dan diterima oleh masyarakat setempat bertanding kali ini" katanya. Dato' Fauzi juga menegaskan beliau kini lebih menumpukan kepada pemantapan PKR peringkat negeri Pahang. Susulan daripada itu beliau terpaksa menolak banyak undangan ceramah di luar Pahang bagi memberi fokus kepada negeri ini. Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat berpeluang untuk menakluki Pahang dalam PRU-13 nanti. Dato' Fauzi optimis menegaskan bahawa peluang cerah tetap ada berdasarkan kepada sokongan rakyat sekarang. Laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan UMNO BN dilihat bakal memerangkap diri mereka sendiri sebenarnya. Laungan itu hanyalah sekadar retorik politik semata-mata, hakikatnya semua itu dusta semata-mata. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan gula disaat umat Islam bakal menyambur bulan Ramadhan dan Aidil Fitri jelas sekali satu pengkhianatan sebenarnya. "Rakyat kini marah apa yang berlaku. Mereka melihat UMNO BN hanya pandai bermain kata-kata tetapi habuk pun tak ada. Akhirnya rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan lain yang cukup membebankan mereka", kata Dato' fauzi. Beliau juga amat yakin banyak kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat nanti. Lebih-lebih lagi bagi kerusi-kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis oleh BN dibawah 1,000 undi dalam PRU-12 lalu.

Pemilihan Parti, Kempen Calon Perlu Berhemah

Mengulas mengenai pemilihan pimpinan parti tidak lama lagi, beliau berharap agar semua calon-calon yang bertanding dapat berkempen secara berhemah."Tidak perlu menggunakan serangan peribadi atau yang berbaur perkauman untuk menjatuhkan pihak lawan. Apa yang penting ialah nyatakan agenda perubahan yang mahu dibawa oleh diri masing-masing agar ahli dapat membuat pilihan dengan tepat",katanya. Beliau juga mengucapkan syabas kepada mana-mana calon yang menang tanpa bertanding di seluruh negeri Pahang dalam pemilihan kali ini. PKR Pahang juga sebulat suara menyokong penuh pencalonan pemimpin negeri untuk bertanding di peringkat pusat iaitu Fuziah Salleh(Naib Presiden) dan Ahmad Nizam Abd Hamid dan Zakaria Hamid(Majlis Pimpinan Tertinggi). Tiga pemimpin ini dilihat amat berpotensi untuk menang dan mengharumkan nama PKR Pahang. Malah kekuatan yang ada pada mereka juga sukar untuk dinafikan memandangkan mereka antara pemimpin terawal yang mencorakkan perjuangan parti di negeri Pahang. Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak untuk menyokong pencalonan ketiga pemimpin terbabit. Sementara itu difahamkan beberapa cabang PKR di Pahang telah mengadakan Hari Pencalonan semalam dimana terdapat cabang yang menyaksikan pemimpinnya menang tanpa bertanding.

[PDO tidak lupa untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir Ke-64" buat Dato' Fauzi Abdul Rahman pada 27 Ogos 2010 yang lalu, Semoga kematangan ini akan memperkukuhkan lagi kekuatan diri untuk terus istiqamah berjuang bagi membawa perubahan buat rakyat. Apa yang pasti PKR Pahang semakin utuh dan kukuh sejak beliau mengambil alih kepimpinan parti dulu. Keutuhan inilah yang bakal meranapkan keegoaan UMNO BN yang masih melihat Pahang adalah kubu kuat mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Gerak kerja yang teratur dan agreasif yang dilakukan oleh PKR Pahang jelas sekali membolehkan rakyat mula berani untuk membuat perubahan. Oleh itu, rakyat amat mengharapkan agar perubahan itu dapat tercapai dalam Pilihanraya Umum akan datang, kerana mereka sudah tidak sanggup lagi terus ditipu oleh pemimpin UMNO BN yang semakin rakus merompak hasil mahsul dan khazanah rakyat negeri ini. Semoga PKR Pahang akan terus gah dibawah kepimpinan Dato' Fauzi].


UANTAN, 29 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 pada bila-bila masa sahaja. Demikian menurut Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto), selakuPengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Beliau berkata, PKR negeri kini semakin matang dan lebih bersedia daripada tahun-tahun sebelumnya. "Jika dulu parti terpaksa bergantung sepenuh harapan kepada PAS atau DAP untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat, kini tidak lagi. Kami sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan perubahan besar berlaku di negeri Pahang dalam PRU-13 nanti". katanya. Jika dulu partinya dilihat lebih kepada "penumpang"dalam Pakatan Rakyat, kini senario itu sudah berubah. Malah PKR Pahang semakin diterima oleh sebahagian besar rakyat negeri ini. "Jika dulu, kami gagal menembusi kubu kuat BN iaitu di kawasan perkampungan orang asli dan juga penempatan Felda. Kini PKR sudah mula diterima oleh masyarakat di sana. Malah, kita juga telah menubuhkan banyak ranting (cawangan) di kawasan terbabit. Apa yang lebih menarik, para peneroka Felda dan orang asli kini mula berani dan secara terang-terangan menyokong kita. Ia jauh sekali berbeza dengan masa lalu, dimana PKR sendiri tidak mempunyai sokongan dan tiada ranting di kawasan terbabit", tambah Dato' Fauzi lagi. Atas faktor itulah, beliau tidak menolak kemungkinan hasrat untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang bakal tercapai jua nanti.

Faktor Pemilihan Calon Akan Di Buat Lebih Teliti 


Menyentuh mengenai Pilihanraya Ke-13 yang dijangka tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang, Dato' Fauzi menegaskan bahawa partinya amat berhati-hati dengan pemilihan calon yang akan bertanding kali ini. Hanya calon yang popular dan boleh diterima rakyat akan diberi keutamaan. "Tiada lagi calon bidan terjun atau pun last minute seperti yang berlaku di masa lalu. Kita akan pastikan calon yang berkualiti dan diterima oleh masyarakat setempat bertanding kali ini" katanya. Dato' Fauzi juga menegaskan beliau kini lebih menumpukan kepada pemantapan PKR peringkat negeri Pahang. Susulan daripada itu beliau terpaksa menolak banyak undangan ceramah di luar Pahang bagi memberi fokus kepada negeri ini. Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat berpeluang untuk menakluki Pahang dalam PRU-13 nanti. Dato' Fauzi optimis menegaskan bahawa peluang cerah tetap ada berdasarkan kepada sokongan rakyat sekarang. Laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan UMNO BN dilihat bakal memerangkap diri mereka sendiri sebenarnya. Laungan itu hanyalah sekadar retorik politik semata-mata, hakikatnya semua itu dusta semata-mata. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan gula disaat umat Islam bakal menyambur bulan Ramadhan dan Aidil Fitri jelas sekali satu pengkhianatan sebenarnya. "Rakyat kini marah apa yang berlaku. Mereka melihat UMNO BN hanya pandai bermain kata-kata tetapi habuk pun tak ada. Akhirnya rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan lain yang cukup membebankan mereka", kata Dato' fauzi. Beliau juga amat yakin banyak kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat nanti. Lebih-lebih lagi bagi kerusi-kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis oleh BN dibawah 1,000 undi dalam PRU-12 lalu.

Pemilihan Parti, Kempen Calon Perlu Berhemah

Mengulas mengenai pemilihan pimpinan parti tidak lama lagi, beliau berharap agar semua calon-calon yang bertanding dapat berkempen secara berhemah."Tidak perlu menggunakan serangan peribadi atau yang berbaur perkauman untuk menjatuhkan pihak lawan. Apa yang penting ialah nyatakan agenda perubahan yang mahu dibawa oleh diri masing-masing agar ahli dapat membuat pilihan dengan tepat",katanya. Beliau juga mengucapkan syabas kepada mana-mana calon yang menang tanpa bertanding di seluruh negeri Pahang dalam pemilihan kali ini. PKR Pahang juga sebulat suara menyokong penuh pencalonan pemimpin negeri untuk bertanding di peringkat pusat iaitu Fuziah Salleh(Naib Presiden) dan Ahmad Nizam Abd Hamid dan Zakaria Hamid(Majlis Pimpinan Tertinggi). Tiga pemimpin ini dilihat amat berpotensi untuk menang dan mengharumkan nama PKR Pahang. Malah kekuatan yang ada pada mereka juga sukar untuk dinafikan memandangkan mereka antara pemimpin terawal yang mencorakkan perjuangan parti di negeri Pahang. Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak untuk menyokong pencalonan ketiga pemimpin terbabit. Sementara itu difahamkan beberapa cabang PKR di Pahang telah mengadakan Hari Pencalonan semalam dimana terdapat cabang yang menyaksikan pemimpinnya menang tanpa bertanding.

[PDO tidak lupa untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir Ke-64" buat Dato' Fauzi Abdul Rahman pada 27 Ogos 2010 yang lalu, Semoga kematangan ini akan memperkukuhkan lagi kekuatan diri untuk terus istiqamah berjuang bagi membawa perubahan buat rakyat. Apa yang pasti PKR Pahang semakin utuh dan kukuh sejak beliau mengambil alih kepimpinan parti dulu. Keutuhan inilah yang bakal meranapkan keegoaan UMNO BN yang masih melihat Pahang adalah kubu kuat mereka sejak dulu, kini dan selamanya. Gerak kerja yang teratur dan agreasif yang dilakukan oleh PKR Pahang jelas sekali membolehkan rakyat mula berani untuk membuat perubahan. Oleh itu, rakyat amat mengharapkan agar perubahan itu dapat tercapai dalam Pilihanraya Umum akan datang, kerana mereka sudah tidak sanggup lagi terus ditipu oleh pemimpin UMNO BN yang semakin rakus merompak hasil mahsul dan khazanah rakyat negeri ini. Semoga PKR Pahang akan terus gah dibawah kepimpinan Dato' Fauzi].

Sumber: PDO

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List