Copy & Posted By mahi on
Aug 31, 2010
PAS anjur petisyen di internet pula
Memanfaatkan populariti dunia siber di kalangan anak muda, Pemuda PAS meluaskan lagi kempen membantah saman ekornya dengan mengadakan petisyen dalam talian.
Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, usaha itu merupakan lanjutan daripada kempen "sejuta tandatangan" dewan itu yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu di Kuala Lumpur.
"Walaupun kempen ini sedang giat rancak gerak kerjanya di peringkat Parlimen yang diuruskan oleh setiausaha Pemuda PAS kawasan-kawasan, namun Pemuda PAS merasakan perlunya satu alternatif melalui dunia siber yang semakin popular, terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Khairul Faizi berkata usaha terbaru tersebut dapat menarik sokongan anak-anak muda bagi menyatakan sikap mereka supaya kerajaan memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya.
"Pemuda PAS berharap agar anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara dalam talian ini sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu, sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara yang halus," katanya.
Menurut Khairul Faizi lagi, kesemua petisyen itu akan diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.
Orang ramai boleh menurunkan tandatangan masing-masing di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html sehingga 31 Oktober 2010 ini, tambahnya.
Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment