SHAH ALAM - Calon yang pernah meletak jawatan sebagai anggota Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 2004, Rafizi Ramli kembali menawarkan diri bertanding jawatan Ketua AMK Pusat. Penawaran diri Rafizi itu bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya, Shamsul Iskandar Md Akin dan anggota MPP, Badrul Hisam Shaharin. Tindakan beliau bertanding ini dilihat oleh beberapa pihak sebagai calon yang berpotensi untuk menang kerana dikatakan antara calon yang direstui oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun Rafizi yang dihubungi Sinar Harian menafikan dakwaan tersebut dan hanya beranggapan bahawa dakwaan tersebut timbul disebabkan beliau kini bekerja sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Menurutnya, beliau kurang senang sekiranya banyak pihak menganggap beliau kerana hakikatnya beliau mahu bertanding atas kemampuan diri sendiri. “Saya bukanlah calon yang direstui Anwar, bukan begitu maksudnya. Orang salah anggap kerana saya kini merupakan staf bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. Rafizi berkata, beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda dan bukan bersandarkan ghairah dan semangat. Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik lebih banyak sokongan golongan anak . |
"Saya bukan calon pilihan Anwar"
Copy & Posted By mahi on Aug 31, 2010
Labels:
Orang - Politik
0 comments:
Post a Comment