Akhirnya kerajaan Selangor bagi lampu hijau…
30/8/2010

Projek Langat 2: Selesaikan dahulu penstrukturan semula industri air di Selangor
31/08/2010
Kerajaan Selangor akan meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) hanya selepas perbincangan penstrukturan semula industri air dengan pemegang konsesi swasta dan agensi persekutuan diselesaikan dengan baik.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, kerajaan negeri tidak pernah membantah projek Langat 2 tetapi mempertikaikan mengapa Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan terhadap projek itu.
"Kita menerima Projek Langat 2 tetapi ia tidak perlu dibuat dengan terburu-buru. Sekarang kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.
"Kita menegaskan sekali lagi bahawa perlu memberi keutamaan kepada penstrukturan semula industri perkhidmatan air berbanding projek Langat 2,” katanya. 31/08/2010
0 comments:
Post a Comment