Seorang Lagi Mangsa Bom Buatan Sendiri Meninggal Dunia

on Aug 31, 2010

KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa bom buatan sendiri yang meletup pada Ahad lalu di Cheras meninggal dunia selepas seorang pekerja wanita siber kafe maut pada hari kejadian.
Lelaki berusia 38 tahun itu, cedera parah selepas dia bersama rakannya itu, Wong Siew Song, 51, diminta untuk mengangkat sebuah kotak misteri di depan rumah majikan mereka sebelum ia meletup dan terkena kedua-dua mangsa.
Ekoran kejadian itu, kedua-dua mereka cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, polis telah mengenal pasti suspek utama kes berkenaan dan dijangka akan ditahan tidak lama lagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata pada Isnin, suspek, seorang lelaki yang juga merupakan seorang kontraktor berumur 45 tahun, dikesan masih berada di sekitar Lembah Klang.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang diperolehi dari kawasan kejadian, suspek telah dikesan berada sewaktu kejadian itu berlaku," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi utama yang berkemungkinan suspek mungkin berada dan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat.
Muhammad Sabtu berkata jika operasi menahan suspek di satu lokasi gagal membuahkan hasil, lakaran foto fit suspek akan diedarkan esok kepada orang ramai untuk bantuan lanjut.
Katanya suspek sebelum ini dipercayai telah mengugut salah seorang pekerja itu kerana berang setelah ditegah supaya tidak datang lagi ke siber kafe terbabit akibat kegagalan suspek membayar hutang judi Internetnya.
Ketika ditanya mengenai bagaimana bom buatan sendiri itu boleh meletup, beliau berkata ia memerlukan satu kemahiran tinggi bagi menghasilkan bom yang sedemikian walaupun menggunakan mercun dan minyak tanah.
"Ini memerlukan kemahiran untuk hasilkan bom seperti semalam. Kita belum kenalpasti macam mana boleh meletup walaupun dari mercun dan minyak tanah kerana masih lagi dalam siasatan," katanya
myStar

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List