Batu Sapi: Sejauh manakah peluang PKR......???

on Oct 27, 2010


S
esungguhnya seperti yang disangka,pilihanraya kecil Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Maju Sabah (SAPP). Namun begitu, yang tidak disangkakan ialah pemilihan peguam terkenal, Ansari Abdullah sebagai calon PKR.


Penulis boleh berkata berdasarkan maklumat-maklumat yang boleh dipercayai, Ansari bukannya pilihan bagi ahli-ahli PKR di cabang Batu Sapi sendiri. Pemilihan Ansari yang dikatakan mengejutkan semua pihak terutamanya ahli-ahli PKR Batu Sapi sendiri pada hari pengumuman calon di sebuah program PAS didakwa mempunyai pengaruh dari DAP sendiri ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Wallahualam.

Sebelum ini, Ketua PKR Sabah, Ahmad Thamrin Zaini disebut-sebut sebagai nama yang telah pun dipersetujui oleh ketiga-tiga komponen di dalam PR. Dikhabarkan juga, PAS Sabah turut terkejut dengan pengumuman nama Ansari pada hari Ahad lepas. Malah, ekoran dari ketidakpuasan hati kebanyakan ahli PKR Batu Sapi, mereka meninggalkan majlis pengumuman calon tersebut dan dilaporkan juga berlaku pergaduhan antara penyokong Ansari dan Thamrin di kawasan lapangan terbang di Sandakan sebaik sahaja Anwar menaiki kapal terbang pulang ke Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan mahkamah kes Liwat II keesokan harinya. Pergaduhan ini juga dinyatakan oleh calon SAPP yang juga Presiden parti itu sendiri, Datuk Yong Teck Lee semalam semasa berkempen di kawasan bumiputera Islam.  Seterusnya

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List