Benarkah calon Timbalan Presiden, Azmin Ali kini memilih Nurul Izzah Anwar sebagai regu barunya untuk bersaing dalam pemilihan PKR 2010 ini?. Inilah persoalan yang sedang bermain difikiran penyokong Fuziah Salleh (foto) sekarang ini. Jika benar, maka ianya jelas sesuatu yang cukup mengejutkan, tambahan pula Fuziah sebelum ini secara terbuka mengatakan beliau adalah "line-up" Azmin Ali.
Maklumat yang tersebar selepas pertemuan dengan Azmin Ali di Permatang Badak Kuantan semalam. Menurut sumber, dalam satu kenyataan Azmin secara jelas mengatakan bahawa beliau lebih bersedia untuk bersama Nurul Izzah. Apakah yang berlaku agaknya dalam"Team Azmin" sekarang ini?. Tiba-tiba bertukar "kem" di saat Fuziah sedang sibuk di Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi sekarang ini.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan sebelum ini dikatakan bakal mendapat sokongan penuh daripada wanita PKR untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Malah, beliau difahamkan satu-satunya pemimpin wanita yang mendapat mandat dan amanah daripada pergerakan itu. Namun, keadaannya berubah apabila Nurul Izzah tiba-tiba menawarkan diri bertanding jawatan tersebut. Ini bermakna, semacam ada satu permainan politik yang sedang berlaku. Apakah ini percaturan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamaruddin agaknya.
Beliau yang mengambil alih jawatan itu daripada Fuziah beberapa tahun yang lalu, sengaja menyatakan sokonga terbuka kepada Fuziah supaya pemimpin itu tidak berlawan dengannya untuk jawatan Ketua Wanita. Ketika itu, Fuziah dilihat selesa kerana berada satu "line up" dalam Team Azmin dan Zuraida.Kini apakah segalanya telah berubah?. Jika benar Azmin kini menyokong Nurul Izzah, maka bagaimanakah nasib Fuziah agaknya?. Apakah Fuziah sanggup berada dalam "Team Zaid Ibrahim" atau bebas?.
Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Tambahan pula ketika kunjungan Azmin semalam, banyak kain rentang sokongan terhadap Fuziah Salleh telah dipasang di sekitar lokasi berkenaan. Malah, kain rentang beliau dilihat lebih besar dan hebat dari Azmin Ali sendiri. Apakah ini menyebabkan Azmin berkecil hati agaknya dan mengeluarkan Fuziah.
[Andainya sumber ini sahih dan ada kebenarannya, maka Fuziah harus mengambil keputusan segera untuk bersama kem lain. Jika tidak, penyokongnya pasti gusar beliau akan termain dengan percaturan politik pihak-pihak lain. Bayangkan, di saat Fuziah selesa untuk menjadi calon wanita pertama menang jawatan Naib Presiden, tiba-tiba kelibat Nurul Izzah pula menjelma. Sedangkan sokongan terhadap Fuziah telah dibuat oleh pimpinan wanita dan disokong sebulat suara oleh majoriti ahlinya. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba Nurul Izzah menjelma?. Bukankah, ini seperti satu permainan politik dan pasti ada seseorang akan menjadi mangsa akhirnya. Apapun, diharapkan Fuziah tidak terkejut dengan maklumat terbaru ini dan teruskan usaha untuk memastikan Parlimen Batu Sapi jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada 4 November 2010 ini].
0 comments:
Post a Comment