Seorang yang berjiwa besar ! Itulah kata-kata yang dilontar oleh che'GuBard sewaktu berada di perkarangan depan rumah Tamrin selepas pertemuan di antara Tamrin, pasukan che'GuBard dan kepimpinan utama AMK Sabah. Turut bersama dalam perjumpaan ini ialah YB Chang Lih Kang, YB Ong, YB Yunus Jamhari, Dr Nicholas, Dr. Jurin Gunsalam, Exco AMK Zulkifli Ibrahim serta ketua-ketua AMK Cabang di Sabah.
Pertemuan serba santai yang berlangsung kira-kira 2 jam itu membawa seribu erti kepada semua yang hadir apabila Tamrin menegaskan pendiriannya untuk bersama dengan Keadilan bagi merampas kerusi Parlimen Batu Sapi walaupun beliau dikatakan calon yang paling layak untuk bertanding. Ini kerana Tamrin dikatakan adalah pilihan lebih popular Keadilan Sabah berbanding calon Pakatan Rakyat Batu Sapi Ansari Abdullah, namun kepimpinan parti telah membelakangi hasrat anak tempatan Sandakan khususnya.
Walaupun tidak dicalonkan, Tamrin tetap optimis untuk terus kekal bersama dan perbincangan berkenaan jentera pilihanraya Batu Sapi yang disulami dengan luahan rasa selama 2 jam itu benar-benar harus melegakan semua pihak. Inilah sikap seorang pemimpin yang sanggup berkorban dan memberi laluan ketika beliaulah calon yang dikatakan lebih berpeluang untuk membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi isyarat penting kebangkitan rakyat Sabah untuk PRU akan datang.
Justeru, walaupun Ansari telah dipilih sebagai calon, jentera pilihanraya Keadilan Sabah dan seluruh kekuatan AMK Sabah harus berpadu untuk memastikan bumi Borneo Utara juga menyahut cabaran gegak gempita tsunami politik 8 Mac di semenanjung emas sepertimana yang berlaku di Sibu.
Biduk berlalu kiambang bertaut! Ayuh buktikan walau pertembungan sepuluh penjuru berlaku di sebuah pilihanraya kecil sekalipun, asalkan semua pihak memainkan peranan dengan cerdik dan cermat, asalkan semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat bersatu hati serta bertindak bijak dalam segala isu yang dilontarkan, saya percaya kita mampu mengalahkan semua calon yang bertanding !
Akhir kata, saya amat berharap agar apa yang telah berlaku dalam pilihanraya yang melibatkan Keadilan kali ini tidak menjadikan ia sebuah lagi unpopular decision oleh pihak yang bertanggungjawab memilih calon, demi mencapai sebuah lagi kemenangan pilihanraya sekecil Batu Sapi.
0 comments:
Post a Comment