Calon Ketua Wanita PKR, Dr.Suraya Sudin....???

on Oct 27, 2010



Panas: Calon Ketua Wanita PKR, Dr.Suraya Sudin Kecewa Ada Pihak Cuba Berikan Tekanan Kerana Hasratnya Tawarkan Diri Untuk Lawan Zuraida !!





Calon Ketua Wanita PKR dalam Pemilihan 2010 iaituDr.Suraya Sudin (foto), terkilan dengan sikap beberapa orang pimpinan wanita PKR yang kini dilihat cuba menghalangnya dari meneruskan hajat untuk bertanding jawatan itu. Beliau menegaskan, ada diantara mereka yang menghubungi beliau dengan menjanjikan jawatan tertentu supaya beliau berkompromi. Malah ada juga yang secara jelas mengugutnya agar menarik diri dan tidak meneruskan hasrat tersebut, atas alasan wanita PKR sudah selesa berada dibawah kepimpinanZuraida Kamaruddin. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh krew kami di sini semalam. Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan itu kini dalam rangka kempennya ke seluruh Malaysia untuk menyatakan misi dan visinya. Dr.Suraya merupakan calon yang akan berhadapan dengan Zuraida bagi perebutan jawatan Ketua Wanita PKR nanti. 
Manakala seorang lagi calon ialah Animah Ferreryang kini dikatakan telah menyertai Team Datuk Zaid Ibrahim."Zuraida dan Animah masing-masing mempunyai team mereka (Azmin dan Zaid), tetapi saya menawarkan diri atas kapasiti peribadi untuk membawa perubahan kepada wanita. Saya tidak kisah siapa yang berada di atas dan boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Bagi saya, amalan demokrasi sebenar wajar disuburkan dalam parti ini. Kita tidak mahu pemimpin yang menggunakan kuasa veto untuk membuat sesuatu keputusan", katanya. 
Beliau turut menegaskan bahawa pentadbiran Zuraida dilihat tidak konsisten. "Beliau membuat keputusan sesuka hati tanpa mendapat pandangan daripada ahli akar umbi. Hari ini dia ambil orang bekerja dengannya, esok dia boleh buang orang sesuka hati. Beliau suka tuduh orang lain tidak buat kerja. Hanya dia sahaja yang buat kerja. Dia akan buang sesiapa sahaja yang dia tidak suka atas alasan tidak perfom dan tiada pengikut. Dialah yang menjadi sebab mengapa ramai wanita akhirnya jauhkan diri dari parti", kata beliau lagi.
Wanita PKR Perlu Perubahan Dan Berwajah Baru 

Beliau turut menegaskan bahawa dibawah kepimpinan Zuraida, wanita PKR negeri-negeri seolah-olah hilang arah tuju. Beliau juga hairan kenapa ramai pemimpin wanita sekarang kecewa apabila beliau menyatakan hasrat untuk bertandingmenentang Zuraida Kamaruddin (foto), sedangkan mereka sendiri tahu masalah yang berlaku dalam pergerakan itu dibawah pimpinan beliau.


 "Saya tawarkan diri atas dasar untuk menyemarakkan demokrasi dalam PKR dan tidak mahu melihat wujudnya amalan kroni-kroni seperti dalam UMNO BN. Malah saya juga mahu sayap wanita ada hala tuju yang selaras dengan perjuangan parti dalam menghadapi PRU13 nanti. Wanita perlua diberi nafas baru, gaya kepimpinan baru serta sedia meraikan pandangan ahli serta menghormati perbezaan pandangan atau pendapan. 


Saya mahu wanita dipimpin dengan penuh nilai santun, adat ketimuran dan lebih bersih pada masa akan datang", kata Dr.Suraya. "Tiada arahan kerja daripada pusat menyebabkan wanita negeri tidak tahu untuk berbuat apa-apa, terutamanya bagi mereka yang langsung tiada pengalaman dalam berpolitik. Saya juga melihat Zuraida langsung tidak prihatin untuk fokus kepada sesuatu isu seperti kes buang bayi, ibu tunggal, anak yatim serta isu-isu wanita yang lain jika dibanding dengan wanita lain. Kenapa dia harus takut untuk perjuangkan isu-isu wanita. Apakah ini caranya pemimpin yang mahu dikekalkan oleh ahli wanita agaknya", tambahnya.


Ceria, Dr.Suraya bergambar dengan Nurul Izzah di Kuantan semalam


Sempat Hulurkan sumbangan rawatan kepada seorang surirumah di 
Felda Panching Timur bersama Ketua Cabang Paya Besar (Hj.Zahari)



[Wanita perlukah perubahan sebenarnya, jika terus ditakuk lama maka sudah pasti ia akan jumud dan tidak ada kekuatan. Amalan pancung memancung, cantas-mencantas tidak wajar berlaku dalam Wanita PKR. Jika ia terus berlarutan, nescaya lama-lama kelamaan rakyat akan hilang kepercayaan terus kepada parti itu sendiri sebenarnya. Justeru itu orang seperti Dr.Suraya wajar diberi peluang untuk memulihkan kembali keyakinan ahli akar umbi terhadap pergerakaan wanita PKR. Tambahan pula, beliau merupakan seorang pemimpin wanita yang amat disegani di negeri Perlis Indera Kayangansekarang ini. Beliau yang kini merupakan Naib Pengerusi MPN Negeri Perlis telah dilahirkan pada tahun 1965 dan amat rapat dengan mantan MB Shahidan Kassim ketika dalam UMNO. Mula menyertai PKR selepas Pilihanraya Umum Ke-12, selepas melihat parti itu semakin hilang arah. Semasa dalam UMNO beliau telah memegang berbagai jawatan termasuk AJK Wanita Bahagian. dan pernah terpilih sebagai calon DUN Kuala Perlis sebanyak tiga kali. Beliau juga banyak terlibar dengan NGO seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perlis, Dewan Perniagaan Islam, Peniagawati, Perkumpulan Wanita, Yang Dipertua Sekolah, Ahli Penasihat Perpaduan Perlisdan banyak lagi. Beliau berjaya membawa palajar sekolah ke Gunung Kinabalu ketika bergelar YDP dan memecahkan tiga Guiness Record Book Of Malaysia ketika itu. Sebagai doktor yang mempunyai rangkaian kliniknnya di Perlis beliau banyak terlibat dengan akktiviti kebajikan dan kemasyarakatan termasuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan, Bengkulu dan Acheh Indonesia. Dengan pengalaman dan kekuatan inilah beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan ini].


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List