Fong Po Kuan Mahu Najib Perjelas Ucapan Bersifat Ugutan......???

on Oct 27, 2010

Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan maksud kata-kata beliau yang disifatkan sebagai amat menakutkan ketika ucapan pengulungan Perhimpunan Agung Umno minggu lepas.

Beliau berkata Najib sebagai pimpinan tertinggi kerajaan tidak wajar mengeluarkan kenyataan tersebut yang disiarkan secara langsung keseluruh negara.

"Apakah maknanya 'walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya pasti kita pertahankan.

"Saya pohon Perdana Menteri perjelas kenyataan tersebut apabila beliau menggulung perbahasan Bajet 2011 ini," tegasnya ketika membahaskan Bajet 2011, petang semalam.

Katanya, dalam keadaan negara menuju ke arah berpendapatan tinggi yang menjadi kebanggaan negara sepatutnya mempunyai kemantangannajibumno dari segi politik dan menghormati undang-undang negara.

"Kita bukannnya diserang oleh kuasa-kuasa asing, jadi apa mesej yang cuba disampaikan Perdana Menteri. Sementara itu, timbalannya pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perhimpunan tersebut turut menyentuh berkenaan Pilihan Raya Umum yang akan diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang.

"Saya pohon Perdana Menteri memberikan jaminan di dalam Dewan ini, jika wujud peralihan kuasa, bolehkah ia dijalankan suasana aman damai," kata Po Kuan.

Menurutnya, kesemua ini laporan ini telah dipetik daripada lidah Umno, Utusan Malaysia.

Oleh itu, beliau turut menegaskan kenyataan Muhyiddin berhubung PRU adalah amat penting bagi Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan perjalanan pilihan raya kecil yang sedang diadakan sentiasa bersih, telus dan adil.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List