Anak kepada Omar Mukhtar, Muhammed Omar Mukhtar yang kini berusia 90 tahun masih mengingati saat bagaimana ayah beliau mati digantung oleh penjajah Itali 80 tahun yang lalu. Beliau begitu yakin bahawa penentangan terhadap diktator Gaddafi tidak akan kalah.
“Mereka harus bertahan dan menyakini bahawa Allah akan membantu mereka dan memberikan kemenangan,”
Ayahnya melancarkan perang gerila selama 20 tahun melawan kolonial Itali dan terkenal dengan gelaran Lion of the Desert.
“Seluruh dunia tahu apa yang telah dilakukan Omar Mukhtar. Dari sanalah mereka mendapatkan semangat. Tanyalah anak-anak muda itu, mereka akan mengatakan bahawa mereka adalah cucu-cucu Omar Mukhtar,” katanya.
Sentimen anti-Gadaffi awalnya digerakkan oleh mahasiswa. Setelah universitis ditutup, mereka menggunakan waktu lapang itu untuk turun melawan di jalan raya.
“Gadaffi menggunakan simbol Omar Mukhtar untuk membohongi rakyat. Kami yang benar-benar menggunakan Omar Mukhtar untuk mewakili segala yang pernah ia perjuangkan,” kata Mina, seorang pelajar di Libya.
0 comments:
Post a Comment