Program padat ketua menteri kuatkan spekulasi pilihan raya
Bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semakin ketara dan sumber memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) kemungkinan dibubarkan sebelum akhir bulan ini.
Berdasarkan senario ini, pengundian mungkin diadakan pertengahan April dan penamaan calon sebelum itu. Jika menjadi kenyataan, bermakna pilihan raya negeri kali ini diadakan tiga bulan sebelum tamat tempoh DUN Sarawak berakhir, pada 24 Julai ini.
Berdasarkan perkembangan terkini, termasuk program Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sangat padat ketika ini, spekulasi pilihan raya diadakan dalam bulan April semakin bertiup kencang.
0 comments:
Post a Comment