MP R SIVARASA DIHALANG MASUK SARAWAK....

on Mar 12, 2011

TERKINI!!


PANAS!! Rejim Taib Mahmud Guna Undang-Undang Ala-Mubarak!!



Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa telah dibawa ke dalam perut pesawat Air Aisa macam Menteri Balak Sarawak dengan "ihsan" rejim Taib Mahmud!!

Semua perbelanjaan pulang ke Kuala Lumpur ditanggung sepenuhnya oleh rejim Taib Mahmud tanpa banyak soal!

Dalam Twitternya sejam lalu Sivarasa menyatakan:



Just served official notice of refusal of entry,which has no reasons stated,and now being escorted to Air Asia flight to return to KL. 

Lihat betapa takutnya Taib Mahmud dengan Sivarasa!!

Kah kah kah...

Sarawak bukan dalam Malaysia agaknya buat Taib Mahmud kah kah kah...

Mana 1Malaysia Najib Altantuya??

Kah kah kah...

MP Subang Dilarang Masuk Ke Sarawak

Ahli parlimen Subang R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.

Sivarasa memberitahu beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Xavier Jayakumar.

Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

"Saya ditahan di kaunter imigresyen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah," katanya.

Buat masa ini, Sivarasa ditahan di bilik pemeriksaan imigresyen di Lapangan Terbang Kucing dan dijangka akan dikenakan perintah halangan masuk.

"Mereka akan hantar saya balik ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya yang mempunyai tempat," katanya.

Xavier, diiringi oleh isterinya dan seorang pembantu yang bagaimanapun dibenarkan masuk.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Pada 2009, pihak imigresen Sarawak menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur manakala dua bulan sebelum ini, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan juga dihantar pulang.




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List