Copy & Posted By mahi on
Mar 12, 2011
Kebelakangan ini semakin banyak muncul perusahaan-perusahaan yang menjual produknya melalui sistem Multi Level Marketing (MLM) dengan menghadirkan produk-produk untuk menghalalkan sistem binary atau skim pyramid. Pengalaman lalu saya ketika jahil dalam agama dan dikaburi dengan duniawi (rumah banglo berjuta-juta, plat kereta khas *** 369, *** 181 atau *** 858, downline yang aktif dan sebagainya. Ada pro dan kontranya. Bagi mereka yang masih menjalankan sistem ini dan memperolehi hasil yang lumayan atau masih berangan-angan akan mencapai tahap CDM (Crown Diamond Manager) pastinya akan memaki saya dan menidakkan apa yang saya ceritakannya). Namun saya menzahirkan ilmu ini seikhlasnya dari pengalaman saya untuk menginsafkan mereka yang telah terpesong dengan umpan duniawi.
Apatah lagi Up-line saya dulu adalah mantan pegawai di JAKIM dan isterinya juga adalah bekas seorang ustazah. Individu yang memperkenalkan sistem ini juga adalah seorang ustazah di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Di atas dasar kepercayaan saya terhadapnya menyebabkan saya terjerumus lembah Riba dan sehinggalah ke tahap DSM. Namun, Allah masih menyayangi saya, bakal downline saya seterusnya ketika itu adalah seorang pensyarah di sebuah institusi terkemuka dan telah banyak menyedarkan saya dari hasutan kemungkaran. Saya mengkaji sistem ini bersamanya sehinggalah kepada kepada penemuan demi penemuan yang membuktikan MLM Hai-O ini ternyata bercanggah dengan Islam. Justeru saya berhenti ketika di puncak kejayaan dan meminta maaf kepada downline saya.
Jadi bukalah minda yang dikurniakan Allah dan perkara ini perlulah dibahas hukumnya menurut syariah Islam. Sekadar kenangan, dahulunya saya gah bercerita tentang Water Filter Bio-Aura. Pengiraan BVnya pun saya ketahui. Jika ada dua orang yang ingin menjadi downline saya dan bersetuju mengeluarkan RM21,000.00 maka saya memperolehi sejumlah kira-kira RM3,000.00 dan begitulah seterusnya jika ingin menjadi DSM seperti saya dahulu saya memerlukan 18 orang di bawah saya. Dan seterusnya downline saya ini akan mengajak teman-teman yang dikenali bahkan saudara mara untuk diajak keluar makan dan memperkenalkan sistem ini. Sehinggalah saya berangan-angan ketika itu dalam masa dua tahun saya bakal menjadi CDM. Alhamdulillah, Allah telah selamatkan saya dari terus menipu dan memperdayakan orang melayu (dalam islam, jika kita berniaga kita kena terangkan kebaikan dan keburukan. Bukan kebaikan sahaja).
Perniagaan Sistem Piramid ini dihalalkan dengan mewujudkan produk (tapi cuba ingat ayat lazim ini: Tak apa tuan puan, kalau tak nak jual produk ini. Simpan dulu bawah katil. Kita jalankan sistem dulu. Kenalkan dua orang rakan, akan dapat RM19,+++ dan RM2,+++. Buat pinjaman RM30,000.00 akan dapat selesai dalam masa enam bulan. Bla… Bla…. Diikuti dengan slaid-slaid pengiraan untuk jangkaan keuntungan dalam jangkamasa 10 tahun dan perbandingan dengan ASB ketika itu). Saya rasa menyesal kerana pernah mengungkapkan kata-kata dusta ini kepada ratusan orang downline saya. Saya merasakan dosa saya menjerumuskan mereka menyertai sistem 369. Hai-O adalah bisnes paling zalim dan jelas-jelas menipu orang khusus orang melayu. Bisnes haram yang menggunaan sistem piramid itu telah merugikan sebahagian besar masyarakat dan hanya menguntungkan segelintir orang yang lebih dahulu masuk. (Pasti ada yang menjawab. Downline saya CDM tapi saya masih lagi DSM. Jangan lupa trick dalam permainan ini seandainya anda ingin bonus yang banyak anda harus maintain BV lebih besar darinya. Saya pernah maintain BV hingga RM12,000.00 untuk mendapat bonus yang besar dengan income RM50,000+++)
Tulisan ini tidak membahas penggandaan wang tersebut, tetapi hukumnya yang telah jelas haram. Saya mengambil tulisan dari Indonesia yang menurut pemerhatian saya bebas dari agenda politik mana-mana pihak di Malaysia (rakan-rakan saya telah berjaya menarik kira-kira 50% kakitangan awam di Putrajaya. So, saya tahu anda tentu faham maksud saya). Tulisan dari ulama empat serangkai, Prof. Bahauddin Darus, Drs.Agustianto, Dr. Ramli Abdul Wahab dan Miftahuddin telah mengemukakan dua belas dalil dan alasan mengapa HARAMnya sistem Pemasaran MLM Hai-O Marketing.
Pakar marketing ternama Don Failla, membahagikan marketing kepada tiga bahagian. Pertama, retail, Kedua, direct selling (penjualan langsung kepada pelanggan), Ketiga multi level marketing (pemasaran melalui jaringan pelabur yang dijayakan dengan mempromosikan sistem kepada mangsa sekaligus sebagai tenaga pemasaran dan dimurnikan dengan perkataan USAHAWAN). Para mangsa saya dahulu diberikan idea tentang kemunculan trend strategi pemasaran produk melalui sistem MLM di dunia bisnes moden. Dan ayat utama saya ialah “1 dari persepuluh pendapatan adalah dari perniagaan” Ayat ini sangat menguntungkan banyak pihak (termasuk saya ketika itu), seperti pengusaha (baik kilang Bio Aura di Taiwan mahupun perusahaan water filter Slimming Beauty yang berinfra-red kononnya. Hal ini kini diwar-warkan melalui iklan secara besar-besaran dalam iklan. Apabila pengguna melihat ini berlogokan halal dari JAKIM ianya beranggapan penyertaan dalam sistem ini juga halal. Produk Bio Aura mungkin halal tanpa menggunakan tulang khinzir yang dipadatkan menjadi medium penapisannya (dahulu saya juga adalah antara orang mempertahankannya). Tapi kaedah perlaksanaan untuk skim menjadi cepat kaya ini menjadi tidak halal kerana dipengaruhi unsur RIBA. Saya ingat lagi saya mendapat tawaran pilihan untuk mengerjakan UMRAH atau percutian ke GOLD COAST atau BEIJING atas usaha saya memanipulasikan kepercayaan oleh saudara dan sahabat saya sendiri.
Perspektif Islam
Perniagaan sebenarnya dalam syariâh Islam pada dasarnya termasuk kategori muamalat yang hukum asalnya adalah boleh berdasarkan kaedah Fiqh, Al-Ashlu fil muamalah al-ibahah hatta yadullad dalilu ‘ala tahrimiha (Bermaksud; Pada dasarnya segala hukum dalam muamalah adalah boleh, kecuali ada dalil/prinsip yang melarangnya)
Islam memahami bahawa perkembangan budaya perniagaan berjalan begitu cepat seiring peredaran zaman. Berdasarkan kaedah fikh di atas, maka kita dapat melihat bahawa Islam memberikan jalan bagi manusia untuk melakukan berbagai penambahbaikan dan inovasi melalui sistem, teknik dan kaedah-kaedah tertentu dalam melakukan perdagangan.
Namun, Islam mempunyai prinsip-prinsip tentang pengembangan sistem perniagaan atau keusahawanan iaitu ianya MESTI bebas dari unsur dharar (bahaya), jahalah (ketidakjelasan) dan zhulm ( merugikan atau tidak adil terhadap salah satu pihak). Sistem pemberian bonus harus adil, tidak menzalimi dan tidak hanya menguntungkan orang Up-line. Perniagaan itu juga MESTI bebas dari unsur MAGHRIB, singkatan dari lima unsur. 1- Maysir (judi), 2- Aniaya (zhulm), 3- Gharar (penipuan), 4- Haram, 5- Riba (bunga), 6- Iktinaz atau Ihtikar dan 7- Bathil.
Kalau kita ingin menjalankan bisnes Hai-O, maka ia harus terbebas dari unsur-unsur di atas. Oleh itu, barang Bio Aura atau water filter itu kaedah cara penjualannya harus halal, tidak haram dan tidak syubahat serta tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah di atas. Tapi untuk memulakan perniagaan yang menggunakan sistem Group 369 atau Taipan 181 ini bakal usahawan mesti bermodalkan RM20,000+++. Mana nak dapat. Tentulah pinjaman peribadi dari Bank Rakyat yang mudah untuk mendapatnya. Asal sahaja gaji asal tidak kurang 50% dan boleh buat pinjaman sehingga 10 kali ganda dari gaji. Kalau gaji free-free tak ada hutang… Tersenyum besarlah Up-line… Mudah nak buat loan…. Cubalah bawa Up-line yang memang tak ada sumber kewangan yang boleh membantu dia… Rasanya-rasanya kalau betul nak membangunkan ekonomi ummah sanggup ke Up-line anda nak sponsor 2 atau 3 orang keluarkan modal RM 20,++++ seorang untuk jadi “Usahawan” Hai-O? Dia pun tak nak… Proses ini akan berterusan… Selagi ada manusia yang mengejar duniawi. Apa tak cukup lagi ke gaji sebulan bersih RM2,000.00 atau RM450.00? Bersyukurlah… Itu lebih baik.
Sistem 369, 818 atau 858 yang menggunakan strategi pemasaran secara bertingkat (levelisasi) MESTI mengandungi unsur-unsur positif, asalkan diisi dengan nilai-nilai Islam dan sistemnya disesuaikan dengan syariah Islam. Tapi tidak. Awal-awal lagi dah tunjukkan slaid kereta mewah Mercedes C atau E-Class (hutang dengan Public Bank) atau kereta Toyota Wish (hutang jugak…). Ada unsur Riba kalau untung pun. Baru masuk, belum-belum dah dapat RM2,+++. Dan sementelah ianya walaupun tersenarai dalam BSKL ianya bukanlah kaunter syariah. Mudah je nak tahu tengok suratkhabar. Dah tahu. Dan kenapa ianya tidak tersenarai dalam bursa syariah ianya turut menjual barang-barang syubhah yang lain seperti Liqour dan lain lain. Sila layari: http://en.Hai-O.com.my/new/ products_brands.asp dan fikirlah. Dalam sebuah syarikat yang menjual benda-benda yang haram bagi umat Islam secara logiknya anda ingin pandang mudah? Doa saya, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada anda seperti yang diperolehi oleh saya. Percayalah cakap saya dalam 2 atau 3 bulan pertama anda akan membuang masa menghadiri ceramah dan motivasi atau pun menghadiri SM, SSM, DSM atau majlis CDM. Berjumpa dengan rakan-rakan untuk jadi Downline. Kemudian bergambar dengan VVIP dalam majlis tersebut, keluar dalam Bulletin Hai-O dan anda akan menjadikan ianya modal sebagai tanda anda antara yang hebat. Subhanallah Nauzubillah … Usah dikejar dunia.
Dari Abu ‘Abdillah An-Nu’man bin Basyiir radliyallaahu ‘anhu ia berkata : Aku mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang mutasyaabihaat (samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga darinya dari syubhat itu, maka ia telah menjaga kebersihan untuk agamanya dan pribadinya. Dan barangsiapa yang terjerumus pada syubhat, maka ia telah terjerumus pada hal yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar hima/tanah larangan (milik orang lain), maka ia hampir masuk ke dalamnya. Sungguh, setiap raja itu mempunyai hima (aturan-aturan), dan sesungguhnya hima Allah itu apa-apa yang dilarang-Nya. Ingatlah bahawa di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah badan itu seluruhnya. Dan apabila itu rosak, maka rosaklah seluruh badan. Ketahuilah, itu adalah hati (al-qalb)” [HR. Bukhari dan Muslim].
Barangsiapa yang merasa sayang terhadap agama dan dirinya, maka hendaklah ia tinggalkan apa yang meragukan. Masih banyak cara dagang lain yang telah disepakati kehalalannya.
Jika tanya saya tentang alternatif. Adalah lebih baik berniaga Muffin, barang perkahwinan, jual buku dalam internet di masa lapang walaupun kecil tapi halal dan tiada unsur syubhat. Berniaga telur dan ayam di pasar malam lebih baik dari terus-terusan mencari idea untuk menghalalkan benda-benda MLM ni yang dah sahih haram. Saya sangat sependapat dengan Al-akh Abu Maira bahawasanya dalam menghukumi MLM tidak boleh dalam satu kata (iaitu : haram atau halal). Tidak lain adalah kerana sistem yang dikembangkan masing-masing MLM ini adalah pelbagai. Adapun yang paling selamat adalah: meninggalkan MLM. Jika ia meninggalkan MLM dan berdagang dengan sistem konvensional, nescaya ia telah selamat dari perbedaan pendapat (yang rasa-rasanya lebih menjurus ke haram kerana adanya faktor gharar). Wallaahu a’lam.
Menurut Muhammad Hidayat, Dewan Syariah MUI Pusat. Kaedah semacam ini pernah digunakan Rasulullah dalam melakukan dakwah Islamiyah pada awal-awal Islam. Dakwah Islam pada saat itu dilakukan melalui teori mulut ke mulut dari sahabat ke sahabat lainnya. Sehingga pada suatu ketika Islam dapat diterima oleh masyarakat kebanyakan.(Lihat, Azhari Akmal Tarigan, Ekonomi dan Bank Syariâah, FKEBI IAIN, 2002, hlm. 30). Maksudnya Rasullullah dulu menggunakan mulut untuk menjauhi Riba, tidak berbohong, mengumpan dengan kemewahan, tidak menggunakan mulut untuk memaksa dan merujuk rayu berulang-ulang kali dalam telefon hingga membibitkan keraguan. Sama halnya seperti cara berniaga yang lain, strategi marketing harus memenuhi rukun jual beli serta akhlak (etika) yang baik.
Insentif dan penghargaan
Perusahaan ini diketahui memberi reward atau insentif pada mereka yang mempunyai Downline dengan kadar BV dan PV tertentu. Islam membenarkan seseorang mendapatkan insentif lebih besar dari yang lainnya disebabkan kejayaannya dalam memenuhi target penjualan tertentu, dan melakukan berbagai cara positif dalam memperluas penjualan barangan dan levelnya secara produktif. Ushul Fiqh mengatakan: Besarnya ijrah (upah) itu tergantung pada kadar kesulitan dan pada kadar kesungguhan.
Dalam hal menetapkan nilai insentif ini, ada tiga syarat syariah yang harus dipenuhi, yakni: adil, terbuka, dan berorientasi falah (keuntungan dunia dan akhirat). Insentif (bonus) seseorang (Up line ) tidak boleh mengurangi hak orang lain di bawahnya (down line), sehingga tidak ada yang dizalimi. Sistem intensif juga harus transparent diinformasikan kepada seluruh downline, bahkan dalam menentukan sistemnya dan pembahagian insentif (bonus), para Up-line dan downline perlu mendapat bahagian samarata, Dalam hal ini tetap dilakukan musyawarah, sehingga penetapan sistem bonus tidak hanya sebelah pihak. Seterusnya, keuntungan dalam bisnes MLM, berorientasi pada keuntungan duniawi dan ukhrawi. Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin mengatakan bahawa keuntungan dalam Islam adalah keuntungan dunia dan akhirat. Keuntungan akhirat maksudnya, bahawa dengan menjalankan perniagaan itu, seseorang telah dianggap menjalankan ibadah, (asalkan bisnesnya sesuai dengan syariâah). Dengan bisnes, seseorang juga telah membantu orang lain dalam memenuhi kehidupannya.
Ingat, pemberian penghargaan dan cara menyampaikannya hendaknya tetap dalam koridor tasyakur, untuk menghindarkan penerimanya dari takabur (bangga/sombong) dan kufur nikmat, apalagi melupakan Tuhan. MLM yang Islami senantiasa berpedoman pada akhlak Islam.
Sebagaimana yang disebut di atas bahawa penghargaan yang diberikan harus dalam Syariah Islam. Justeru itu, “gathering party” yang diberikan atas prestasi seseorang, haruslah sesuai dengan nilai-nilai aqidah dan akhlak. Ekspressi penghargaan atas tidak boleh melampaui batas (bertentangan dengan ajaran Islam). Reward yang diberikan juga tidak boleh menyebabkan individu itu mendewakan seseorang. Hal itu biasa terjadi kepada saya dan ianya menimbulkan penerimanya menjadi takabbur. (Lihat, Drs.H.Muhammad Hidayat, MBA, Analisis Teoritis Normatif MLM dalam Perspektif Muamalah, 2002).
Islam sangat mengecam seseorang yang dalam menjalankan aktiviti bisnes dan perdagangannya semakin jauh dari nilai-nilai ketuhanan. Firman Allah, “”Mereka tidak lalai dari mengingat Allah dalam melakukan bisnis dan jual beli. Mereka mendirikan shalat dan membayar zakat”” (QS.24:37). Bukannya mereka mendirikan shalat, membayar zakat, memaksa orang membuat pinjaman, berbohong akan kaya cepat tanpa menceritakan kepayahan dan kesukaran, memburukkan-burukkan orang lain yang gagal. Berebut downline… dan macam-macam lagi… yang pernah saya lalui… Syukur setelah solat istikharah dan solat hajat (yang asalnya berdoa agar Allah permudahkan bisnes) tapi Allah semakin buka pintu hati dan rajin mengunjungi masjid dan ceramah agama. Akhirnya Allah terus tutup pintu hati saya dari melakukan dosa mulut.
Dari ayat tersebut dapat ditarik pemahaman bahawa seluruh aktiviti bisnes tidak boleh melupakan Tuhan dan jauh dari nilai-nilai keilahian, baik dalam kegiatan penghasilan produk, pelaburan, strategi sistem pemasaran, mahupun pada saat menikmati kejayaaan (menerima penghargaan dan bonus).
Jadi, dalam menjalankan perniagaan perlu waspada pada faktor negatif psikologi yang mungkin timbul, sehingga menjatuhkan keperibadian muslim,( seperti yang terjadi dalam sistem ini, suasana yang tak kondusif kadang kala mengarah pada pola hidup hura-hura ala jahiliyah, seperti ketika mengadakan acara pertemuan bakal usahawan. Saya tidak pernah memberitahu kepada bakal-bakal downline “Jom, keluar makan aku nak ajak ko masuk sistem 369.” Biasanya akan berbohong “Nanti jumpa kat XXXX saja nak ajak ko makan” .
Kewajaran Harga Produk
Setiap perniagaan pasti berorientasi pada keuntungan. Namun Islam sangat menekankan kewajaran dalam memperoleh keuntungan tersebut. Artinya, harga produk harus wajar dan tidak dimark up sedemikian rupa dalam jumlah yang amat mahal, sebagaimana yang banyak terjadi kepada penapis air Bio Aura dan di perusahaan jualan langsung dewasa ini. Sekalipun Al-quran tidak menentukan secara tetap margin atau rate nominal keuntungan yang wajar dalam perdagangan, namun dengan tegas Al-quran berpesan, agar pengambilan keuntungan dilakukan secara “fair”, saling redha dan menguntungkan. Firman Allah “Hai-Orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang saling redha di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah maha Penyayang kepadamu. )QS.4:29).
Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna.
Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri.
Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009
1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O Marketing)
50. Woh Chee Houw - Sales Manager (Hai-O Enterprise)
Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.
Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi
Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.
1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).
2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.
3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).
4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.
5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;
Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00
6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.
7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:
Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)
Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)
Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)
MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)
8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?
Siapa Tipu Siapa
Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.
Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.
Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.
Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.
Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.
dari laman : http://pakuseqepih.blogspot.com
2 comments:
JAWAPAN PENIPUAN BIO AURA
PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING
( iyo ko DSM ?? try bg bukti sahih sikit.makcik blakang umh i pun blh ngaku dia dsm.ko guan o ? )
Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??
JWP
(Anyway, MLM lain ada lagi lebih mahal daripada perniagaan Hai-o.Knp nak highlight Hai-o jer? Adakah penulis ini dengki dgn kebangkitan hai-o @ gagal dlm hai-o? Pasal 'mark-up ' harga. kalau tuan si penulis ini ada BANYAKKK DUIT untuk beli water filter bio-aura yg tuan kata 'murah'. dipersilakan pergi sendiri kat taiwan @ china.make sure beli tiket pergi balik ye, dan jgn lupa wat passport sbyk rm 300, cari la jugak hotel utk pengindapan.xkan la nak gi sehari je...iye dak?beli tiket mahal2 semata-mata nak beli water filter murah kan kat china @ taiwan tu... Si penulis kalau minat kereta Toyota ke,BMW ke...kat negara asal mereka lagi murah..apa kata anda pergi sana.beli kat sana je.KAT SINI MAHAL KAN... :p)
JAWAPAN PENIPUAN BIO AURA
PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING
( iyo ko DSM ?? try bg bukti sahih sikit.makcik blakang umh i pun blh ngaku dia dsm.ko guan o ? )
Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??
JWP
(Anyway, MLM lain ada lagi lebih mahal daripada perniagaan Hai-o.Knp nak highlight Hai-o jer? Adakah penulis ini dengki dgn kebangkitan hai-o @ gagal dlm hai-o? Pasal 'mark-up ' harga. kalau tuan si penulis ini ada BANYAKKK DUIT untuk beli water filter bio-aura yg tuan kata 'murah'. dipersilakan pergi sendiri kat taiwan @ china.make sure beli tiket pergi balik ye, dan jgn lupa wat passport sbyk rm 300, cari la jugak hotel utk pengindapan.xkan la nak gi sehari je...iye dak?beli tiket mahal2 semata-mata nak beli water filter murah kan kat china @ taiwan tu... Si penulis kalau minat kereta Toyota ke,BMW ke...kat negara asal mereka lagi murah..apa kata anda pergi sana.beli kat sana je.KAT SINI MAHAL KAN... :p)
Post a Comment