Bagaimanapun, sehingga kini, 'pelakon veteran' tersebut masih kekal bersama-sama UMNO meskipun ada isu baru yang membuatkan dia meloncat kerana rahsianya mungkin telah terdedah kepada golongan baru di dalam UMNO.
Seorang penulis buku politik yang terkenal di sempadan Selangor-Pahang memberitahu, cerita berkenaan ada logiknya. Penulis yang pernah disaman oleh rakan 'pelakon veteran' tersebut kerana buku yang dikarangnya, turut menegaskan bacaan politik terhadap 'pelakon veteran' tersebut, tidaklah semudah yang disangka.
Barangkali berasakan sengatnya masih berbisa dan sentuhannya juga sangat diperlukan, apatah lagi negerinya sendiri memerlukan tenaga pakar bagi membolehkan UMNO kembali berkuasa, 'pelakon veteran' tersebut tidak bercita-cita langsung untuk melangkah masuk ke KITA atau PKR apatah lagi PAS, sebaliknya dia kelihatan lebih berminat untuk masuk DAP.
Sungguhpun, 'pelakon veteran' ini sebenarnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan Anwar Ibrahim mahupun politik seberang-menyeberang seperti yang diuar-uarkan sebelum 16 September 2008, gelagatnya sememangnya amat menarik dan kemunculannya sesekali mengundang persepsi yang tidak sedikit.
Yang sohehnya, jikalau benar dia akan menyeberang masuk ke DAP, bermakna tercapailah cita-citanya yang satu itu, sungguhpun hanya bergelar pencacai DAP!!!
1 comments:
Koknya Bapak Jins (sebutan indon)?
Post a Comment