Najib usaha tarik orang muda, PAS masih tercari-cari

on Mar 12, 2011


Mulai 9/3/2011, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun. 



Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.


Setelah melihat keputusan yang ketara sokongan undi muda kepada BN,dari PRK Merlimau dan Kerdau. Najib terus tingkatkan usaha bagi manrik sekurangnya 3%-5% lagi undi muda yang akan menjadi deposit besar BN pada Pilihanraya UMUM ke 13 nanti.

Najib sedang melihat kecederaan BN semakin sembuh dimata pengundi muda. Beliau akan menggunakan kesempatan ini untuk terus menarik golongan muda supaya lebih mesra BN.

Manakala PAS pula agak lemah dalam membaca peningkatan sokongan FELDA yang berlaku di Tenang dan Kerdau. PAS dan seluruh parti dalam PR tidak menyediakan ruang, keutamaan, fokus kepada ANAK(Ngo yang golongan Peneroka FELDA), yang telah membuahkan hasilnya dengan jelas dan terbukti.

Sekiranya PAS berada di alam realistik, mereka akan melihat ANAK perlu diberi satu peruntukan oleh tabung HARAKAH, Dana Ahli Parlimen, dan lain lain akses, seperti media, dan agensi Kerajaan Negeri.

BN sedar akan keberkesanan ANAK, pada peringkat awalnya lagi keatas Felda. Sebagai tindakbalas, BN menukar Yusof Nor yang terlalu exklusif gaya dan tindakan, kepada Tan Sri Isa Samad yang lebih down to earth.

PAS telah membiarkan satu segment jenteranya yang paling berkesan, DHPP, yang dulunya dikenali sebagai Kelab Penyokong. Segment ini menjadi beku dan kaku sekarang, di bawah pengurusan yang gagal memahami halatuju dan gaya, serta budaya yang dibentuk oleh pengasasnya. Ini terbukti apabila BN

PAS mesti berhenti melamun dalam seloroh dan gempaq, serta alam angan-angan.. Pemuda parti yang sedang menjelmakan diri seperti Ulama,(walaupun baru jadi Ustaz dari Arab, yang belajar di Masjid dan Madrasah entah apa-apa). berjaya merampas kembali, sokongan pengundi bukan Melayu, melebihi 4% pada PRK Galas, Merlimau.

Tiada sebarang tindakan strategik, melainkan nakberhimpun ramai dan bersorak, macam penyokong bola sepak. PASTI yang telah lama, tidak digilap dan di lonjakkan sebagai alat komunikasi, dengan ibu muda yang beranak kecil, sudah tentu mibu iu ini pengundi muda.

Kalau tanya Pimpinan PAS, dia mesti kata BN tak pa la, dia banyak duit, dia guna jentera kerajaan. Jawapan yang sama bila kalah Pilihanraya, Duit, Jentera Kerajaan!! PAS ada te***

Harakah yang akaun tak teraudit proper, PASTI yang mempunyai pendapatan hasil buku dan lainnya tak diurus tadbir secara baik, Yuran Ahli, Derma Muktamar mencecah RM100 ribu pernah dicapai.

Dimaklumkan, sejak Dato Husam Musa tak jadi orang penting dalam Pimpinan PAS, Satu tingkat pejabat Agong PAS, tak mampu di baik pulih. Duit tak da? Atau akai tak dak. Kata mamak Penang dalam telo mamaknya, "Ada Arta Takdak Arti".
PAS mesti merombak parti ini pada Muktamar kan datang, bagi menyediakan mereka yang berwibawa membawa kejayaan dalam PRU13.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List