Anwar diingat tak cakap besar nak ambil Sarawak

on Mar 12, 2011


Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Ketua Umum PKR Datuk SeriAnwar Ibrahim tidak sepatutnya bercakap besar tentang keinginannya untuk mengambil alih Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang.

awang tengah hassan alfred jabu press conference 180306Menyifatkan Anwar sebagai telah hilang kewibawaan selaku seorang pemimpin, Awang Tengah (kiri) berkata 'impian Sept 16, 2008' Anwar untuk mengambil alih Putrajaya juga telah gagal.

"Jadi dia tidak sepatutnya cakap besar sekarang," katanya sebelum menyerahkan pampasan tanah berjumlah RM3.1 juta kepada lebih 200 pemilik tanah di Tanjung Manis, dekat Sarikei hari ini.

Awang Tengah berkata malah wakil rakyat daripada PKR turut beramai-ramai meninggalkan parti itu.

Sebagai tambahan, banyak anggota pengasas dan anggota biasa PKR yang turut berbuat demikian, kata Awang Tengah.

Beliau memberi amaran kepada rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap percubaan untuk memujuk mereka menyertai parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung seperti PKR, PAS atau DAP. 

NONE"Mereka akan datang untuk memanipulasi anda demi memenuhi kepentingan mereka. Dalam usaha berbuat demikian, mereka akan menyemai perasaan benci dalam kalangan kaum yang berlainan, menghasut anda supaya bermusuhan terhadap satu sama lain, terhadap kerajaan dan pada akhirnya anda dan negeri ini yang akan rugi," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, gaya kepimpinan BN adalah berlainan.

"BN sejak dari mula lagi memberi tumpuan kepada membawa pembangunan, kemajuan, kemakmuran, perpaduan dan kestabilanpolitik.

"Ia turut memberi tumpuan kepada membasmi kemiskinan luar bandar. Ia mungkin mempunyai kelemahan tetapi sedang dalam proses menambahbaik menerusi inisiatif seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Negara dan sebagainya," katanya.

- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List