Ini Baru Betul Suami Aku

on Dec 4, 2011



Semalam aku dah kata suatu hari gambar sebenar siapa suami syella pasti akan terbongkar jugak.
Nah sekarang ‘orang media’ sendiri’ yang membongkar..hahaha
Bertuah laa orang tuu, aku ulangi sekali lagi selamat pengantin baru dan selamat berbahagia hendaknya..

Cuma satu jer aku suka kata dah kawen elok elok tuu tak payah laa duk sembunyi sembunyikan sehingga menimbulkan berbagai spekulasi dan andaian..agama tak suruh macam tu laa.
ini kata ‘orang media’ tu..

Sebenarnya tak apa jika kita mahukan privacy tetapi pada Hani, bila sudah dihebahkan tentang kos atau hantaran berjuta juta lemon tu, ia bagai mengundang rasa riak. Maafkan Hani kalau bunyinya kasar. Apatah lagi, bila orang pertikai mengenai kereta Mini Cooper tu, lekas lekas Syella menafikan itu kereta yang diterimanya sebaliknya ia sekadar bersifat sementara, kerana menunggu kereta Audi yang ditempah tak sampai sampai.

Betulkan ayat Hani ni kalau silap tetapi bukan ke semua yang kita miliki di dunia ni kan memang bersifat sementara.

Pada pendapat Hani yang masih single ni, macam tak manis dihebahkan demikian rupa sehingga mengundang pelbagai telahan / cakap cakap termasuk melibatkan bekas Ketua Polis Negara. Perkahwinan dalam Islam itu kan satu ibadah, satu perkara yang suci, kenapa pulak hanya gambar si isteri sahaja disiarkan.

Syella perlu faham, kalau dah ditulis hantaran berjuta ringgit, mestilah orang nak tahu. Kalau hantaran RM8,000 ke, orang tak peduli pun apatah lagi Syella dah lama pudar dari industri.
Yelah, bukan setiap hari kita dengar orang kahwin berjuta ringgit kan. Kalau di Indonesia mungkin hari hari sebab berjuta rupiah kan. Di India pun sama. Mesti orang tak heran sikitpun!

Sejak foto persandingan Syella tersebar di pelbagai blog termasuk blog politik yang menyiarkan wajah suami wanita ini, ia dah jadi seperti pertandingan ‘mari teka siapa’.

Hani yang kenal Tan Sri Musa ni pun tergelak sebab biarpun ditutup wajahnya, Hani tahu itu bukan Tan Sri Musa sebab beliau tinggi orangnya, tetapi dalam gambar tu agak pendek.

Apapun, Hani ucapkan tahniah pada Syella dan suami – orang kuat Proton tetapi tentunya bukan Pengarah Urusannya, haa yang ni Hani kena tulis sebab kat internet ni, orang suka betul meneka dalam kesamaran.

Dan terima kasih pada Abang Nara kerana memberi peluang pada Hani untuk menulis bagi laman paling best ini.


sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List