Very Very Disturbing

on Dec 4, 2011



Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel


Pilihanraya di Mesir menyaksikan kemenangan besar parti Islam di sana. Parti Freedom & Justice merangkul 40% daripada pilihan pengundi manakala parti An-Nour merangkul 20% daripada pilihan pengundi.

Parti Freedom & Justice merupakan parti yang ditubuhkan di bawah pergerakan Ikhwanul Muslimin dan parti An-Nur merupakan satu lagi parti baru yang di tubuhkan oleh pergerakan Salafi.


Satu lagi parti Islam yang berfahaman tegas dalam melaksanakan undang-undang Islam, Al-Wassat pula merangkul 13% daripada pilihan pengundi. Secara keseluruhannya 73% daripada para pengundi di Mesir telah memilih Islam sebagai asas pemerintahan negara mereka.

Pada dasarnya ketiga-tiga parti Islam yang menang besar tersebut mahukan Islam menjadi asas pemerintahan cuma masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap bagaimana Islam mahu di laksanakan di negara mereka.

Perkembangan ini sebenarnya memberikan satu tamparan hebat kepada negara jiran mereka iaitu Israel. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak yang melihat perkembangan tersebut memberikan komennya seperti berikut:

Apa yang berlaku di Mesir dalam pilihanraya parlimen baru-baru ini, amat-amat mengganggu...! proses kembali kepada Islam yang berlaku di tanah Arab amat membimbangkan...

"very, very disturbing." Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel.


sini
dan
sini
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List