UMNO Masih Merayu

on Dec 4, 2011




Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno hari ini menggesa PAS agar meneruskan perbincangan kerjasama politik dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu atas alasan ia penting bagi kelangsungan hak-hak orang Melayu pada masa depan.

Datuk Bung Moktar Radin (gambar) berkata Umno sentiasa mahu mengadakan perbincangan mana-mana parti bagi mencari jalan bagi melindungi hak dan istimewa orang Melayu atas alasan DAP mempamerkan ancaman ke atas masa depan orang Melayu.


Seperti ramai perwakilan Umno pada perhimpunan agung tahunan kali ini, Bung Moktar mendakwa DAP mempersoalkan hak kaum dan agama orang Melayu.


“Kami (Umno) fleksibel, pragmatik. Adalah baik bagi PAS untuk membincangkan masa depan kaum kita,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.


“Kami sentiasa terbuka, untuk mengambil mana-mana parti dan bekerjasama untuk meredakan keadaan, kami tidak mahu masalah ini. Kami tidak mahu negara ini menderita,” katanya lagi.


Ahli Parlimen Kinabatangan ini berkata DAP harus berhenti daripada mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan kedudukan Islam kerana “orang Melayu merasakan bahawa ini adalah ‘Tanah Melayu’ dan oleh itu mereka mesti respons (kepada DAP).”


“Ini adalah Malaysia, kita kena hormati Perlembagaan,” tambah Bung Moktar. 


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List