Aisehmen Tan Sri….......
Copy & Posted By mahi on Aug 26, 2010
Entah le Kawan pun tak tau MB Selangor kita ni macam tak ada point lain.Memang tak salah nak buat peraturan apapun.Awak dah pegang kerajaan negeri buat le apa yang patut dan tak perlu lah nak cari alasan nak tutup itu kes ‘lobang besar’.
Tan Sri Khalid Ibrahim kan pernah jadi bos PNB,orang korprat besar dan kaya raya.Mungkin orang sudah lupa sejak zaman bila Tan Sri jadi hebat begitu.Ada yang kata masa zaman BN.Betul ke Tan Sri?
Tak apalah Tan Sri ini politik ada point yang nampak boleh hentam BN.Jangan kasi chan .
Kawan ni dah lama tengok pi tengok mai orang politik ni dan Kawan boleh faham Tan Sri kena selalu intai point apa nak balon BN balik.
Tapi kalau Tan Sri nak tau adalah beberapa orang Selangor yang kawan kepada Kawan kata depa hairan apalah MB depa ni.
Kawan cuma nak bagi feedback kepada Tan Sri apa depa dok mengata kat Tan Sri bila depa baca pengumuman Tan Sri semalam ( Rabu) arah semua Pihak Berkuasa Tempatan henti layan surat sokongan yang minta kontrak dan tender.
Depa kata Tan Sri dah le flip flop beberapa kali dalam bab ni.
Yang depa tak syok tu buat apalah dok bagi alasan pengeluaran surat sokongan adalah budaya yang diwarisi dari pentabiran BN dulu dan sukar nak dihapuskan sekelip mata.
wah..wah..wah ke situ perginya
Bagus tu baguslah nak bertegas nak keluar peraturan segala macam dalam bab sokongan ni.PKR kan kena tunjuk dia tegas,telus dan baik-baik belaka.
Tapi Tan Sri nak tau kawan-kawan kepada Kawan tu bukan main dok gelak bila depa dok bercakap bab alasan nak tibai BN tu kata ini semua budaya masa tu.
Yang pertama,kata depa lah,dah dua tahun lebih perintah apa cerita dok tunjuk jari kat BN ni.Apapasal tak boleh buat peraturan tu awal-awal masa menang pilihanraya dulu.Bukankah manifesto PKR dulu hebat-hebat bukan main.
Lagi depa dok gelak bukan pasai apa…sebabnya Tan Sri macam buat-buat lupa ini bukahkah semuanya sebab meletup kes wakil rakyat DAP Selangor dok kenduri surat sokongan.Tak gitu Tan Sri.
Kalau tak ada kes Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock mungkin bab surat sokongan ini sengap terus dan kenduri kendara surat sokongan berterusan ‘ macam zaman BN’ dulu.
Bukahkah terbukti ada syarikat-syarikat yang dah dapat tender dan kontrak dari surat-surat sokongan yang dikeluarkan tu?
Ini bab Exco DAP Selangor Ronnie Liu pun belum selesai lagi.Ramai orang DAP Selangor sendiri dok hot pasal apa dia tak kena lepas jawatan kerana didakwa ‘ada tangan’ dalam pengeluaran surat sokongan.
Kawan-kawan tu pun tau kalau Ronnie Liu yang berjawatan Exco kena pecat jawabnya lagi meletuplah politik Selangor.
Tapi macam mana ye Tan Sri orang-orang DAP Selangor sendiri yang tak puashati pasal dia tak kena…dan yang kena Tee bekas pembantu dia seorang saja.
Politik.Tak gitu Tan Sri.Kadang-kadang kena buat tak faham saja supaya kubu tak bergegar.
Apapun Tan Sri kawan-kawan tadi berpesan tak payah le lain kali dalam kes macam surat sokongan ni cari ‘ kambing hitam’ dalam buat keputusan tu.
Sendiri bikin sendiri tanggong le…bukankah DAP tu kan ke rakan taulan dalam pakatan.
Jadi kenalah gentleman sikit.Mengaku aje lah peraturan ini semua sebab angkara orang DAP.
Depa pun nak merasa juga kot.tan Sri bekas orang koprat besar lain le.
Lagipun kes surat sokongan di Selangor ini seantero dunia dah tersebar.
Kawan: tengah teropong cari salah Tan Sri lagi….
0 comments:
Post a Comment